Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kari Ikan Tongkol ini kiriman Cik Azriey Amrie. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Resepi Kari Ikan Tongkol:
· 1 ekor ikan tongkol/ikan kayu dibersihkan dan potong ikut suka
· 2 biji bawang besar*
· 3 ulas bawang putih*
· 1/2 inci halia*
· 3 camca besar rempah kari ikan
BAHAN2 TUMIS:-
· 2 ulas bawang putih, dihiris halus
· 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
· 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
· 2 tangkai daun kari
BAHAN2 LAIN:-
· 2 keping asam gelugor
· 2 biji kentag, dibelah 4
· 1/2 cawan pati santan
· Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Cara Membuat Resepi Kari Ikan Tongkol:
1. Bersihkan ikan, perap dgn asam jawa.Ketepikan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan kentang, air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
4. Bila mendidih, masukkan pati santan,
5. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Amrie kerana sudi berkongsi resipi kari ikan tongkol
Leave a Reply