Kiriman Cik Azriey Amrie (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi telur bistik my way ini merupakan kiriman Cik Azriey Amrie. Memang dasyat nama resepinya. Tentu sedap kan. Jom kita mempelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Telur Bistik:
1) 2 biji telur
2) 200 gram ayam (isi sahaja, goreng sebentar)
3) 1 biji bawang merah (tumbuk)
4) 1 ulas bawang putih (tumbuk)
5) 1 biji bawang merah (hiris bulat)
6) 4 tangkai cili kering (kisar)
7) 2 sudu makan sos cili
8) 1 sudu makan sos tiram
9) 1 sudu kecil gula
10) 1 sudu kecil serbuk secukup rasa
11) lobak merah dan tumun (potong dadu)
12) sedikit minyak
13) sedikit air
Cara Membuatnya Resepi Telur Bistik:
1) Pukul telur.. Masukkan sedikit garam
2) Dadarkan atas kuali. taburkan isi ayam yg sudah digoreng
3) lipat supaya isis ayam tak berterabur. angkat
4) Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
5) Masukkan cili kering, gula, sos cili, sos tiram dan sedikit air..
6) kacau sampai mendidih
7) Masukkan lobak.. Biarkan sebentar…
8) Masukkan timun, bawang besar dan serbuk secukup rasa
9) Kalau agak cair, masukkan tepung jagung.
10) padamkan api dan tuang sos atas telur
Kalau takde serbuk secukup rasa,boleh letak garam
Selamat mencuba…
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Kerana sudi berkongsi resepi telur bistik
Sheila says
Nak try resepi ni untuk makan tgh hari.. mesti sedap..
Hairul Hissam says
selamat mencuba 😀