Kalau anda terbeban dengan PKP, saya ada strategi memulakan bisnes makanan dari rumah. InshaAllah membantu anda menambah pendapatan keluarga di waktu pkp ini. Tapi sebelum tu jom kita tengok dulu abang nie dapat berbelas ribu sebulan dengan jual putu mayam.
Betul ke abang nie dapat berbelas ribu sebulan? Jom kita kira… Harga sebiji putu mayam RM0.50. Sehari buat 12kg. Sekilo dapat 120biji. So jualan sehari: Rm0.50 X 120biji X 12kg =Rm720. Kalau berniaga 20hari. RM720 X 20hari = RM14,400 sebulan. Wow.empat belas ribu sebulan. Mai aiiii. Kalau korang nak untung gila-gila mcm abang tu, jom belajar di www.rahsiaputu.com
Nak tahu dari mana saya dapat resepi ni?. Alkisahnya kawan saya belajar putu mayam dari saudaranya yang lebih 20 tahun berniaga putu mayam. Saudaranya pula belajar dari orang india. Tapi malangnya kawan saya tak berjaya buat sebab saudaranya ajar guna baldi dan main agak-agak jee.
Lepas tu, kawan saya cerita pada saya cara buat tanpa sukatan. Saya pun cuba buat putu mayam. Alhamdulillah, tiga kali cubaan, saya berjaya buat putu mayam yg sedap. Itulah sebab ramai belajar dengan saya berjaya berniaga. Sebab resepi asli orang India. Anda juga boleh belajar di www.rahsiaputu.comĀ
Selain putu mayam anda juga akan belajar putu bambu dan piring. Ini pun ramai yang berniaga. Banyak anda akan belajar di www.rahsiaputu.com
Cara Bisnes Makanan Di Rumah Semasa PKP
Nasib baik waktu pkp nie, bisnes makanan masih boleh dijalankan. Ini bukti ilmu makanan mampu membantu anda survive dalam apa jua keadaan. Yelah orang tetap perlu makanan walau apa berlaku. Memang untung belajar bisnes makanan.
Di bawah nie, 3 cara untuk jalankan bisnes makanan di waktu pkp dengan jaya.
Tips 1: Letak di kedai / penjaja tepi jalan.
Strategi nie memang berkesan dari pengalaman saya. Caranya anda kena berbaik-baik dengan owner kedai atau penjaja tepi jalan terlebih dulu. Dua minggu pertama, rajin bertanya khabar dan berbual-bual mesra dengan penjaja tersebut.
Minggu ketiga baru lah anda bagi test masakan anda pada mereka. Tapi jangan cakap nak jual. Cakap jee nak minta komen untuk perbaiki lagi masakan anda. Dan anda kena bagi banyak masakan tu. Sebabnya nanti penjaja tu akan bagi pada pelangan dia. Kalau pelangan dia suka, pelangan dia akan pujuk penjaja tu cari anda untuk letak masakan anda di kedai. So pastikan masakan anda dah betul-betul sedap baru bagi
Dari kisah saya sendiri, semasa buat video putu, saya bagi test putu kat kedai makan dan penjaja. Tujuan saya untuk perbaiki lagi pakej putu saya. Tapi lain pula yang berlaku. Mereka minta saya jual/letak di kedai mereka. Katanya… pelangan mereka makan dan nak lagi. Kisah lain pula, saya bagi satu pingan besar kek pada penjaja. Penjaja tu terletak kat meja jualan. Pelangan dia siap nak beli kek tu. Itulah sebab kita perlu bagi banyak. Strategi serampang mata terbeliak tu. ha.ha.ha
Jika selepas anda bagi free, tiada respond atau feedback dari penjaja. Jangan putus asa. Secara santai-santai cerita masalah anda pada peniaga tu. Minta nasihat mereka cara nak jual masakan anda. Jika hubungan anda baik dengan mereka, inshaAllah mereka akan membantu dengan bermacam jalan.
Berbaik dengan penjaja tepi jalan nie banyak untungnya. Senang nak cari peralatan dan bahan niaga yang lebih murah. Senang nak cari tempat niaga baru dan cara apply. Biasanya mereka nie lebih tahu berita-berita terkini di kawasan tu. Sebab pembeli yang singgah di gerai mereka akan bercerita dengan mereka.
Pasal harga jualan pada penjaja. Biasanya penjaja ambil 20 percen dari produk makanan. Contoh kalau harga rm1… 80sen untuk anda, 20sen untuk penjaja. Walaubagaimana bergantung juga pada tempat. Boleh tanya kat penjaja tepi jalan di tempat anda. Mereka confirm tahu.
Tips 2: Minta Bantuan Runner Di Kawasan Anda
Runner ni orang tengah yang akan menjual produk makanan anda. Biasanya mereka akan ambil produk makanan dari rumah anda dan hantar terus pada pelangan. Runner yang berurusan dan cari pelangan.
So anda hanya mencari runner di kawasan anda. Boleh tanya kat penjaja tepi jalan. Penjaja tepi jalan mesti tahu. Atau sertai group wasap dan sebagainya untuk mencari runner. Sebab runner akan promosi produk makanan di sana. Bila jumpa, ajaklah mereka datang kerumah. Layan mereka dengan baik dan jamu mereka dengan produk makanan. Kalau sedap dan layanan baik, inshaAllah mereka akan membantu.
Tips 3: Jual Sendiri Dan Hantar Sendiri Ke Rumah Pelangan
Cara nie penat sikit sebab anda kena buat masakan, kena cari customer dan kena hantar ke rumah customer. 3 in 1 kerjanya. Tapi untung tentu lebih lumayan.
Strategi 1: Bagi free dulu produk makanan anda pada masjid, kenduri, majlis, dan sebagainya. Dan perlu letak sticker pada bungkusan. Pada sticker tu, beritahu cara hubungi anda, cara tempahan, minimum order dan service penghantaran terus ke rumah. Pack comey2 ye supaya mereka tak pindahkan masakan anda ke pinggan. Buat hadiah door gift pun bagus.
Macam mana nak buat sticker??? Anda boleh wasap En. Abdul Rahim di 60137820220 untuk service design sticker dan printing sticker. Dia boleh poskan sticker ke rumah anda. Baik orangnya. Sticker printing dia pun memang cantik.
Strategi 2: Bawa ke tempat kerja & bawa bekal anak anda ke sekolah. Jamu kawan-kawan secara percuma. Elok bagi lebih untuk mereka bawa balik rumah dan bagi pada keluarga mereka. Letakkan juga sticker untuk memudahkan ahli keluarga mereka membuat tempahan.
Strategi 3: Sertai group wasap di tempat anda untuk promosi. Cuma kelemahan group2 nie ialah terlalu ramai yang jual disana. Tak kan la nak berniaga di kiri kanan pesaing anda. So lebih elok anda hantar flyer ke rumah-rumah di kawasan anda. Upahlah anak jiran hantar flyer tu ke rumah-rumah. Boleh minta brother En. Abdul Rahim di 60137820220 untuk design dan buat printing.
Cukup lah tiga cara nie yang sangat membantu anda menjual produk makanan anda di waktu pkp. Sebenarnya ada banyak tips yang telah saya berikan sebelum nie. Carilah di artikel lama saya di dalam blog ini.
Contoh Bisnes Makanan Di Waktu PKP
Ramai yang belajar roti sarang lebah saya berjaya jual dari rumah. Sebabnya rotinya sangat lembut dan sosnya sangat sedap. Seriouseee. Tambahan lagi ada pelbagai jenis sos yang marvelous. Anda boleh belajar roti sarang lebah di www.rahsialoaf.com
Pandai akak tu. Kali pertama buat terus bagi free pada kawan2 pejabat. Bila ramai suka, dah boleh ambil order. Jika produk makanan benar-benar sedap, non stop orang order. Cepat betul duit masyuk tuuuut.
Akak nie pulak dapat banyak order jual roti sarang lebah dan donut. Sekejap jee balik modal lepas beli video saya. Non stop duit masuk pulak tu. Selain dari roti sarang lebah, anda turut akan belajar roti buku dan donut di www.rahsialoaf.com
Psst: Anda dialu-alukan share artikel ini melalui button share dibawah. Atau share nama web artikel ini supaya kawan anda boleh baca di blog ini. Baru betul.
wak lat says
yg penting masyukk.. ???
Hairul Hissam says
bila duit masyuk.. hilang penat… think positif….
akubiomed says
Sudah jadi norma berniaga diatas talian. Kami juja dapatkan makanan dan kuih dengan beli diatas talian.
Hairul Hissam says
yang best sekali, dah tak perlu keluar rumah. semua dihantar di depan pintu.. jimat duit minyak dan masa..
mrhanafi says
wah…sifu semakin banyak memberi manfaat sekarang ini..
alhamdulllah..
semoga terus sukses dan maju jaya
Hairul Hissam says
alhamdulillah.. tq tuan.. semoga dapat meringankan beban keluarga yg terjejas akibat pkp..