Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi karipap ayam ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Karipap Ayam:
bahan doh
250gm tepung gandum
60gm marjerin
100 ml air (campur dgn 1 sudu kecil serbuk pati ayam)
bahan inti :
1 biji kentang – potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
1 genggam daging ayam kisar
1 sudu besar udang kering – rendam,tos dan cincang/tumbuk halus
2 sudu besar serbuk kari – bancuh dengan sedikit air
sedikit garam
Cara-Cara Membuat Resepi Karipap Ayam :
Doh karipap
1) gaul tepung dengan mentega sehingga berderai.
2) masukkan air sedikit demi sedikit.JANGAN tuang sekaligus.kalau adunan dh cukup lembut,xperlu habiskan air(drpd 100ml tu).kalau xcukup lembut,tambahkan air.
*guna secukup kegunaan sahaja.
3) uli sehingga doh tidak melekat ditangan.JANGAN uli terlalu lama.
4) bulat2kan doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian.rehatkan seketika.
Inti Karipap
1) panaskan minyak,tumis bawang besar dan kentang.masukkan udang kering,daging ayam kisar dan serbuk kari.
gaul sehingga sebati.
2) masukkan 1 cawan air.biarkan mendidih.
3) perasakan secukupnya dan masak lagi sehingga kentang empuk dan kuah mula mengering.padamkan api.sejukkan seketika.
Cara Buat Karipap Ayam
1) leperkan doh di atas tapak tangan,letak inti.kelim dengan kemas.buat sampai habis.
2) goreng sehingga kuning keemasan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resepi karipap ayam