Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Halijah. Teringat pula masa kecil-kecil. Selalu juga tersepit pada pintu bila bermain dengan adik beradik. Kalau dulu ada petua nie kan best.
.
Cara Merawat Tangan Yang Tersepit
Akak ada lagi nak kongsi. Mungkin Hairul pernah guna cara ni tak tahulah. Petuanya ini memang mudah.
Benda ini berlaku tanpa kita jangka kan. Tangan atau jari jari kita lebam akibat tersepit pintu atau pun terhempap dengan benda keras. Bayangkan kalau jari kita tersepit kat pintu rumah atau kereta. Masyallah sakitnya tak tahu macamana nak cakap. Ada juga yang menangis dibuatnya.
Kalau benda ni berlaku pada kita, jari yang tersepit tu cepat cepat kita masukkan kedalam mulut kita dan kemam letak kat lelangit mulut kita sambil tu bacalah Fatihah banyak kali sehingga rasa sakit tu hilang. InsyaAllah rasa sakit yang merenyam renyam tu akan hilang perlahan lahan.
Mudah2an apa yang dikongsikan akan memberikan menafaat buat diri kita dan juga orang lain.
Hairul.Com: Terima Kasih Kak Halijah di atas kiriman cara merawat tangan lebam tersepit ini. Jika anda ada masalah perut buncit. jangan lupa untuk membaca artikel Cara Menghilangkan Perut Buncit, Klik sini.
akubiomed says
Teringat orang tua-tua dahulu jampi main-main untuk mengurang anak kecil menangis akibat tersepit pintu. Amalan yang islamik adalah lebih baik.
Hairul Hissam says
Betul tu bro 😀
TehR says
aku dah perna kena tersepit kat pintu
memang sangat sakit, bro
huhu
Hairul Hissam says
saya pun byk kali merasa masa kecil dulu.. heee 😀
staibaqhang says
sakit oooo…. cukup risau kalau anak2 main pintu… terima kasih atas perkongsian
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat dan membantu bila anak2 tersepit nanti 😀
puteri kasih says
memang sakit kalau tersepit..dah beberapa kali kena..hehe
Hairul Hissam says
Nie mesti lasak masa kecil. 😀
puteri kasih says
lasak dan tak reti duk diam…hehehe
Hazrin says
Anak saya tersepit jari tengah malam dan dia menangis tak boleh tido sebab sakit berdenyut2 agaknya.
Saya cuba cara di atas, saya kemam jarinya letak di langit2 sambil baca Al-Fatihah.
Tak lama lepas tu terus berhenti menangis dan tido.
Terima kasih bagi petua. Alhamdulilah.
Hairul Hissam says
Alhamdulillah.. baguslah.. terima kasih atas feedback..