.
Resepi ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Memang ramai mengemari durian crepe ini. Warnanya yang menarik menjadi hidangan petang yang sungguh menceriakan. Tentu ramai nak belajar cara membuat resepi durian crepe ini. Jom kita belajar.
.
Resepi Durian Crepe Paling Sedap
Bahan-Bahannya
30gm tepung hongkong
50gm tepung jagung
25gm tepung kentang
25gm tepung ubi
15gm tepung kastard
40gm gula ising
30gm minyak jagung
500gm air
2 Sudu Besar vanila
12 biji telur
Secubit Garam
Cara Membuat Resepi Durian Crepe
1. Pukul kesemua bahan hingga menjadi adunan crepe dan simpan dalam peti sejuk (chiller) selama 3-4 jam.
2. Kemudian keluarkan adunan crepe tersebut dari peti ais. Gunakan pan yang tidak melekat. Dengan api yang kecil, tuang satu senduk andunan crepe di atas pan.
3. Dengan cepat goyangkan pan tersebut sehingga adunan tersebut tersebar menjadi nipis dan bulat besar.
4. Setelah siap, letakkan di atas piring anda. Boleh tindih-tindih kepingan durian crepe sebab ia tidak melekat
Bahan dan Cara Membuat Inti Cream Resepi Durian Crepe
400gm Whipping Cream
200gm custard instant
200gm Susu Segar
*Pukul whipping cream sehingga kental. Selepas kental campurkan dengan susu segar dan custard instant powder dan kacau dengan senduk sahaja. Siap.
Langkah Terakhir Dalam Membuat Resepi Durian Crepe
1. Letak inti cream atas durian crepe yang telah dimasak tadi.
2. Tambahkan sesudu isi durian dan tambahkan lagi inti cream dan lipat durian crepe membentuk bantal. Mudah kan membuat resepi durian crepe ini.
Boleh ubah durian kpd nangka, blueberry, jagung (gn creamcorn dlm tin tu)
Hairul.Com: Terima kasih Kak Raja diatas kiriman Resepi Durian Crepe ini. Tentu ramai yang tak sabar untuk mencubanya.
nurmisnan says
Baru sekali buat tapi oklah…
nanti cuba cara ni pula.. tq
Hairul Hissam says
Cara nie nampak lebih special.. tentu lebih sedap… cuma byk sikit bahannya.. 😀
titan says
pehh..pakai 5 jenis tepung. patut la sedap.
Hairul Hissam says
tu yg dasyat dan sedap tu….. heee
TehR says
aku tahu makan je
hehe
sedap aku makan banyak
tak sedap, makan sikit je
Hairul Hissam says
Yg nie bro tehr mesti kena makan banyak.. heee
etuza says
wow! memang sangat sedap, hebat tul blog ni…ringan ja tahniah terkenal blog
Hairul Hissam says
InsyaAllah sedap.. selamat mencuba cik etuza… 😀
arieko says
Trimakasih, saya memang tengah tercari cari resepinya.saya akan cuba buat InsyaAllah
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali. Semoga berjaya membuatnya… 😀
super mak says
Akhirnyer ketemu jugak resipi yg dicari…. thx hairul
Hairul Hissam says
Dah bolehlah buat nanti.. heee 😀
puteri kasih says
menggunakan pelbagai jenis tepung ..kena cuba ni 🙂
Hairul Hissam says
Tentu rasanya lain dari yg lain cik puteri. Saya pun first tgk resepi guna byk jenis tepung… 😀
puteri kasih says
inti pun nampak ada perbezaan sedikit sebab ada custard..mesti rasanya pun berbeza kan 🙂
Hairul Hissam says
Biasanya guna beat cream atau whipping cream yg dipukul sahaja.. resepi ini mmg lain dari yg lain spt kata cik puteri… 😀
chef_faizul says
perggh, compem tinggi kalori ni.. 😀
Hairul Hissam says
Sekali sekala makan no problem bro.. heee 😀
UmmiKami says
Salam manis hujan gerimis 🙂
Puteri bunian di rembang ungu,
Menangkap ikan di pantai muara;
Crepe durian memang ku tunggu,
Sedap dimakan bagai mee segera. 😀
Hairul Hissam says
Wsalam kak ummi… kena pulak makan time hujan gerimis… mmg syokkk… 😀
UmmiKami says
Salam kelip-kelip cahaya Maghrib =)
Anak ikan luka terhiris,
Diambil timun bercampur ubi;
Enak dimakan ketika gerimis,
Sambil berpantun berlunjur kaki.
Hairul Hissam says
wsalam… makan panas2 diwaktu hujan sambil tgk tv.. best giler… 😀
MK Kimi says
menunggu misum durian seterusnya..tak merasa lg durian crepe ni
Hairul Hissam says
ditempat saya masih ada menjual durian lagi… tapi tak semurah musim durian.. 😀
yana says
salam,
saya baru berkira2 nak buat durian crepe ni n bkira2 utk biznes juga sbb bznes durian crepe belum meluas lg kat tempat sy ni, nak tempah pun susah. Last2 dapat emel dari a.hairul pasal dc neh.. Woah,macam tahu2 jer..hehe! Terima kasih atas perkongsian. 🙂
Hairul Hissam says
wsalam.. wah bagus tu.. lahir lagi seorang usahawan makanan.. Saya doakan cik yana berjaya dalam bisnes durian crepe ini. Biasanya kalau org makan sekali.. mesti nak lagi.. 😀
Ibu Mifzal Arsyad says
resepi ni mmg comfirm sedap.. sbb guna byk jenis tepung..
Hairul Hissam says
kak raja punya resepi biasa mmg sedap2 😀
zainal says
Sy memang suka crepe durian ni. Lepas ini ajak isteri buat crepe durian.
Hairul Hissam says
Tentu isteri en zainal teruja nak membuatnya nanti 😀
akubiomed says
Pernah makan. Sudah ada resepi boleh dicuba nanti.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba bro.. 😀
Ayudin says
salam en. hairul.. nak tnya, custard instant ni sama ke dgn tepung custard? kalau tak sama, mcm mana rupa bentuk custard instant? terima kasih.
Hairul Hissam says
wslm. tak silap saya sama jee. masa saya kerja kat hotel, biasanya guna yg brand Bird.
Ayudin says
Bird Custard yang biru kuning tu ke?
Hairul Hissam says
ya betul… 😀
Ida Widyani says
Nk try buat lah. Terima kasih atas resepi En Hairul.
Hairul Hissam says
semoga berjaya buat durian crepe.. tqvm..