Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kuih Lopes ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kuih Lopes
2cawan Beras pulut
1/2biji Kelapa parut yang putih
Garam
Paste pandan
1 Gula melaka
Cara Membuat Resepi Kuih Lopes
1. Pulut direndam semalaman dan toskan
2. Masukkan paste pandan dan kacau rata (kalau xde pandan, guna air perahan pandan, lg sedap)
3. Kukus pulut sampai lembut dan bila dah masak masukkan dalam acuannya, tekan2 supaya mampat (kalau kat kampung, arwah nenek balut ngan daun pisang dan di ikat ngan tali btg pisang. Bentuknya 3 segi. Mmg cr ni lebih sedap sbb bau daun pisang n daun pandan yg dikukus begitu sedap aroma n rasanya). Tapi tak sempat belajar ngan arwah
4. Bila sejuk barulah guna acuan
5. Masak gula melaka dengan air sampai gula mencair. Biar pekat tapi jangan hangus
6. Masa hidang, letak pulut yang dah di golek dengan kelapa parut
7. Letak gula melaka dalam mangkuk lain
8. Masa nak makan baru tuang sedikit gula melaka atas pulut
Siap
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi kuih lopes
akubiomed says
Kuih tradisional yang jarang-jarang dijual kalau ada pun ketika bulan Ramadhan.
Hairul Hissam says
Mmg kena buat sendiri kalo nak makan.. jarang org jual…
lepas nie bro boleh lah makan hari-hari ya… 😀
sitiaisyah says
nk tnya klau ktorg xde periuk kukus nk gna peruik nsi blh ke.. cara msk pon mcam nsi msk biasa…???
Hairul Hissam says
Elok sangat beli periuk kukus krn banyak kegunaanya.. 😀
sitiaisyah says
ohh.. okey.. thankz 🙂