Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Pundi-Pundi Wang Thai ini kiriman Cik Azriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Pundi-Pundi Wang Thai:
200 gram isi ayam-didadu kecil
200 gram isi udang basah-didadu kecil
½ tin cendawan utang-didadu kecil
1 sudu kecil serbuk lada putih
5 ulas bawang putih-cincang halus
2 sudu kecil kicap cair
2 sudu kecil sos tiram
Daun bawang
Kulit popia-potong 4
Cara Membuat Resepi Pundi-Pundi Wang Thai:
1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam, udang, cendawan, sos tiram, kicap cair, lada sulah.
3. Kacau rata sampai betul2 kering.
4. Tak perlu letak garam.
5. Biarkan inti sejuk.
6. Letakkan 1 sudu kecil inti ditengah2 kulit popia
7. Punjutkan dan ikat dengan daun bawang
8. Seelok2nya biakan dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum digoreng supaya kulit popia tidak terbuka semasa menggoreng.
9. Goreng dengan minyak yang banyak dan toskan.
10.Enak dimakan dengan sos cili Thai
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi pundi wang thai
Leave a Reply