Petua ini kiriman cik Wan Maisarah (Wamwa97) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Kebiasaannya, buah epal yang sudah dipotong dan ditinggalkan terdedah kepada udara akan menjadi bewarna coklat. Apabila warnanya telah berubah menjadi warna coklat, kebanyakan orang akan meninggalkannya tanpa dimakan. Ini adalah satu pembaziran.
Begitu juga yang terjadi sekiranya seorang ibu memotong sepaket buah epal untuk dijadikan hidangan pencuci mulut untuk jamuan di sekolah anaknya. Buah epal itu akan kecut dan menyebabkan kebanyakan orang tidak menyentuh buah tersebut. Jika begitulah keadaan yang terjadi kepada anda, gunakanlah petua ini:
Petua Cara Buah Epal Sentiasa Segar
1. Sediakan air yang dicampur dengan garam. Pastikan garam itu tidak terlalu banyak supaya buah epal tidak terasa masin.
2. Rendamkan seketika buah epal di dalam air garam itu selama kira – kira 30 saat lalu boleh diangkat.
Cara ini juga dipanggil sebagai mengawet makanan. Insya-Allah, dengan cara ini epal akan kelihatan segar dan tidak akan bertukar warna menjadi coklat keperang – perangan. Selamat mencuba.
Admin: Tima kasih Cik Maisarah atas kiriman Petua Cara Buah Epal Sentiasa Segar ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara memerahkan bibir. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
tehr says
petua yang sangat mudah untuk dilakukan
thanks
gloryatie says
betul tu, selain tu garam boleh digantikan dengan jus lemon.
hanya sapukan jus lemon pada hirisan epal. so epal akan sentiasa mekar. 🙂
ciksembang says
petua ni saya amalkan juga tapi kena hati2 jgn telelbih garam..nanti epal rasa masin
akubiomed says
Patutlah ketika beli buah potong ada rasa masin rupanya mereka hendak mengelakkan buah bertukar warna apabila terdedah kepada udara.
amirulfaiz says
Ooo, baru saya tahu. Sebelum ni asyik perang je epal yang saya simpan dalam peti sejuk.
'Izzah says
mak sye selalu menggunakan cara ini~~mmg bt0l!
epal tu , dia mmg segar dn x kecut…!
azrie amriey says
satu lg kaedah, sblum potong buah2an 2, sapu dlu mata pisau dgn limau nipis… Insya-Allah, buah2an akan kekal segar… terutama epal sbb epal mmg cpt lebam…
Adif Fida says
mmg selalu diguna pakai…selain epal sentiase segar…rasa masin tu akan menyebabkan rasa masam epal bgi epal hijau…tak la terasa sgt kemasamannya… 😀
Mohd Rujhan says
memang betol,epal kalau sudah kecut memang tidak ada selera untuk makan…petua ini boleh jadi ikutan…
Petua Emak says
Hilang selerakan bila warna dia dah kecoklatan… 😀
choco nila says
petua ni mmg berkesan ,,, kalau buat kek selalu nye buat cmni dulu ..
Anon says
Guna garam rasa tak sedap. Ada teknik lain guna air lemon atau limau. Rasa lagi sedap 🙂
Hairul Hissam says
Kalau org yg tak suka masam tentu kata, guna garam lagi sedap. heeee