Kiriman Cik Azriey Amrie (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi serunding ikan bilis ini adalah kiriman cik Azriey Amrie. Cik Azriey dapatkan resepi ini dari opahnya. Memang sedap dan lazat serunding ikan bilis ini. Boleh dimakan dengan nasi atau begitu sahaja. Jom kita pelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Serunding Ikan Bilis:
1) 500 gram ikan bilis
2) 250 gram bawang goreng
3) 200gram kelapa kering
4) 3 sudu besar cili kisar
5) 1 sudu besar gula
6) 1 sudu besar air asam jawa
7)sebiji bawang besar (tumbuk)
8) sedikt minyak utk menumis
Cara Membuatnya Resepi Serunding Ikan Bilis:
1) Sangai ikan bilis dan kelapa kering berasingan
2) Kisar ikan bilis, bawang goreng, kelapa kering berasingan
3) Tumis bawang yg ditumbuk.
4) Masukkan cili kisar… Tumis sampai naik bau..
5) Masukkan gula dan air asam jawa..
6) Masukkan ikan bilis yang telah dikisar, kelapa kering. kacau dgn api yang perlahan.
7) Masukkan bawang goreng yg telah dikisar.
8) Kacau smapai kering dan berwarna keperangan
9) Biarkan sejuk dan simpan dalam bekaskedap udara
10) Enak dimakan dgn nasi, nasi himpit, roti dan sebagainya..
Selamat mencuba…
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Amrie Kerana sudi berkongsi resepi serunding ikan bilis