Minggu nie memang busy and busy body la. Al maklum la, baru masuk rumah baru. Kelam kabut juga dibuatnya. Yelah, pada masa yang sama kena uruskan jualan produk dan pertanyaan pelangan. Dan pada masa yang sama kena cirit birit pulak. Aduhai. Memang betul-betul cubaan la. Tapi alhamdulillah, dapat juga petua ubat merawat cirit birit yang mujarab.
Kisahnya pada hari sabtu minggu lepas. Pada siangnya, saya ke hypermarket di JB meng order barang elektrik dan perabut untuk rumah baru. Lega hati saya, bila mereka boleh hantar ke Kulai tanpa caj tambahan. “Tauke, ini barang mesti hantar rumah baru saya hari Isnin taw. Kalau U orang tak hantar, tidur lantai lah saya”. Sebab saya dah plan untuk pindah ke rumah baru di Kulai pada hari Isnin.
Malam sabtu mengemas lah barang-barang saya di rumah emak. Hinggalah jauh malam. Penat-penat mengemas, ada pulak baki lauk pauk kenduri kawin rumah jiran. Apa lagi. Ngapppp kasi licin la. Sedap pulak tu lauknya. Memang rezeki di tengah malam. Tapi paginya bala pula datang. Betul-betul cubaaaaannnnn.
Esok paginya, hari ahad. Perut mula memulas. Sekejap-sekajap ke tandas. Bila buang air besar, keluar air je. Hilang selera makan dan kepala mula pening semacam. Lama kelamaan badan semakin lemah. Yang tak tahannya, kepala jadi rungsing semacam. Makan ubat cirit birit dari farmasi pun sama juga. Picit kaki pun kurang jalan. Yelah masalahnya berpunca dari makanan tercemar atau bakteria.
2 Petua Ubat Merawat Cirit Birit Kisah Dari Pengalaman
Syukur alhamdulillah, terfikir untuk makan kurma. Kurma yang emak saya bawa balik dari umrah. Kurmanya keras sikit. Memang ada rasa kurang cirit biritnya. Keesokkan paginya hari Isnin, perut rasa selesa sikit dan badan lebih bertenaga. Kepala pun kurang pening. Memang syukurlah. Dapat juga pindah hari Isnin. Yelah, dah janji dengan tauke kedai perabut dan elektrik.
Isnin pagi, saya sampai di rumah baru di kulai. Sampai je, terus membasuh lantai. Sorang-sorang basuh dan mop lantai. Perut masih ada rasa sikit sakit. Tapi tahan je la. Petang, barang elektrik dan perabut sampai. Jiran tanya “Eh, semua barang beli baru ke”. Biasanya orang pindah rumah, angkut barang dari rumah lama. Saya pulak, angkut dari kedai.
Lepas siap letak barang elektrik dan perabut, saya pergilah ke kedai makan. Dari pagi tak makan nasi. Balik je dari makan, datang lagi cirit biritnya. Nie mesti ada saki baki bakteria yang membiak. Aduhai, memulas lagi perutnya. Kepala start pening semacam semula. Silapnya, tak bawa stok kurma tu. Manalah nak cari kurma kat Kulai ini..
Tengah malam tu, saya teringat kata-kata abang ipar saya. Katanya petua ubat cirit birit dengan minum coco cola atau 100 plus.Baru saya tahu cara merawat cirit birit dengan air tu. Tengah malam tu juga saya keluar cari air coca cola dan 100 plus. Sakit-sakit pun, kena tahan lah. Nasib baik ada kedai mamak 24jam. Beli 3 tin. Lepas minum, perut masih rasa sakit tapi kepala dah kurang pening.
Esok pagi selasanya, minum lagi setin. Memang ada kurang walaupun masih berak air lagi. Dan asyik kentot memanjang je. Hari Rabu baru rasa pulih dan selesa perutnya. Mungkin air coca cola dan 100 plus berkesan membunuh bakteria cirit birit nie. Sekali sekala minum air gas ok la. Sebab minuman bergas ini kurang baik untuk kesihatan jangka panjang.
Alhamdulillah semuanya dah kembali normal. Memang serik kena cirit birit nie. So, saya kena lebih berhati-hati memilih makanan. OKlah. Itulah dua petua atau ubat cirit birit dengan makan kurma atau minum coca cola dan 100 plus. Sekiranya anda terkena cirit birit nanti, jangan lupa petua ini. tapi jangan minum air gas pada waktu pagi atau perut kosong kerana boleh menyebabkan gastrik.
azriey amrie says
Salam… wah seronoknya pindah rumah baru, perabot baru… 🙂
Hairul Hissam says
wsalam.. mmg seronok. tapi masa nak pindah tu pun rasa berat hati juga. bila dah kena cirit birit, rasa malas pulak nak pindah.. ha.ha.ha
Wanie says
dugaan pindah rumah baru…lain org lain dugaannye..hehe
Hairul Hissam says
Harap2 lepas nie, kurang lah dugaannya.. he.he.he
Bila duduk rumah sorang2 nie cik wanie, sakit2 kena cari ubat sendiri. hu.hu.hu.
azriey amrie says
adatlah 2…. sy dlu selalu jugak pindah2 rumah… ikut bpk bertugas.. tp skang dh xde… boringlah pulak dok lama2 kt 1 tmpat… 🙂
Hairul Hissam says
Mmg boring lama2. Dah beli rumah nie. Nampak gayanya menetaplah disini hingga ke tua. 😀
Aziee says
Salam…
Memang seronok ada rumah sendiri kan…
Saya juga ada petua org lama..dari mak mertua saya, kalau kami cirit birit kami akan cari pucuk jambu batu, ambil yang masih hijau muda, basuh dan makan.
Alhamdulillah, terhentilah cirit birit tu…
^_^
Hairul Hissam says
wsalam. tima kasih atas petua guna pucuk jambu tu Cik Aziee,
Petua org lama mmg mujarab kan. Disamping menyembuhkan cirit birit tentu baik untuk kesihatan 😀
amy says
Salam,baguslah kalau cirit-birit tu dah ok.Kalau perabut semua dah lengkap lepas ni kena lah pulak cari orang rumah baru betul-betul complete.Takkan nak membujang lama2.
Hairul Hissam says
Wsalam, lemah saya nak jawab.. ha.ha.ha…
InsyaAllah cik amy, kalo ada jodoh tak kemana … 😀 .
nuriah says
salam syabas dan tahniah untuk blok yg cukup mantap ini. Semua pengisian yg berguna akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Terima kasih hairul, klu jodoh dah bertemu jgn lupa post gambar khawin pulak..
Hairul Hissam says
Wsalam. Tima kasih cik nuriah krn sudi baca blog nie…
InsyaAllah, kalo ada rezeki.. 😀
tak dpt balik JB hari nie, hujan terlalu lebat…
lewisdotmy says
kena beloi 100 plus letak kat rumah lepas ni
Hairul Hissam says
Betul tu. kena standby.. tapi belum sakit dah habis airnya.. 😀
SITI NORAIN says
MEMANG MUJARAB TU MNUM 100 PLUS…DA PASTIKAN STOK 100 PLUS/COLA ADA D RUMAH..
SELAMAT BERPINDAH KE RUMAH BARU…MUDAH2AN BERTAMBAH MURAH REZEKI..AMIIN..
Hairul Hissam says
Amin.. Mula2 dulu saya dengar dari abg ipar. Mcm tak percaya. Tapi bila dah cuba coca/100 plus.. Mmg terbukti berkesan… 😀
qassim says
petua utk hilangkan cirit birit dgn berkesan (tested&proven oleh sy sendiri)
– minum teh kelat
– minum air rendaman biji selasih (+ gula utk kasi manis) <– serta merta berhenti!
– minum air tepung gandum
Hairul Hissam says
First time dengar minum air tepung gandum.
Tima kasih banyak en qassim atas tips yg berguna nie.
Kena try minum air biji selasih nie kalo kena lagi.. yg bestnya boleh berhenti serta merta.. tqvm…
Melatiqistyna says
Syoknye pindah Umah baru, perabot baru…hehehehe
Tks berkongsi petua cerybery tu 😀
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali…terasa pula nak try makan buah cery.. 😀
Ibu Mifzal Arsyad says
100 plus mmg berkesan..anak sy pun lepas ry hari tu cirit birit..bagi ubat klinik..x jadi..bila bg 100 plus yg dah dihilangkan gasnya..nmpk makin ok..
Hairul Hissam says
Apa kata kita sarankan kat doktor, tak payah bagi pil cirit birit lagi. Bagi 100 plus lagi berkesan, kan Ibu mIfzal. Dan lagi murah.. 😀
nurmisnan says
Ohhh.. tak pernah cuba minum coke..
selalunya kalau ada ahli keluarga terkena aku sarankan
minum air garam saja atau kunyah daun jambu + garam kasar..
Hairul Hissam says
Daun jambu tentu lebih berkhasiat dan kurang kesan sampingan dibandingkan dgn coke.
tima kasih Puan nurmisnan atas petua tu 😀
cik tom says
tahniah pindah rumah baru…
thanks utk petua cirit birit tue..last week ciktom kena lps asyik gi open house smpi tersalah makan..hee
ps: thanks masukkan komisyen roti canai tue…bro hairul mmg antara yg terpantas byr komisyen kpd agen..smoga sentiasa dimurahkan rezeki..amin 🙂
Hairul Hissam says
Lepas nie kalo kena cirit birit lagi, boleh guna petua disini cik tom
mcm2 petua best yg diberikan oleh pembaca dlm komen…
amin…mudah-mudahan masin mulut cik tom..
dan terima kasih juga kerana sudi menyertai affiliate saya.
Sebenarnya terlewat sikit byr sebab uruskan rumah baru nie. 😀
cik tom says
ln kl blh jenguk sini byk petua best2…hehe…
ps: nanti upload la gmbr rumah br..nk tgk…teringin nak beli rumah jgk bt pelaburan…tp mslh sbb kerja xinsecure lg..
Hairul Hissam says
InsyaAllah cik tom, betul tu, rumah nie pelaburan jangka panjang. Semakin lama, semakin meningkat nilai rumah.. 😀
tehr says
rumah baru, perabot baru, pengalaman baru dengan petua baru
fuh, memang best la
tahniah,bro
Hairul Hissam says
satu lagi bro.. azam pun baru nie 😀 .. tima kasih en. tehr
suri says
azam bila nyer nk jmput mam baru
apa susah kan blog cinta kata cari uncnag teh dan rendam pekat2 pastu minum masa tgh panas. sure stop cerit tu
semoga selamat semuanya bro amin.hrp sht kembali
Hairul Hissam says
Lambat lagi kot.. ha.ha.ha.
Ye la.. tak teringat nak check blog cinta cik suri. Tapi lepas nie kalo kena lagi cirit birit lagi, Rasanya byk dah petua yg dikongsi pembaca melalui komen disini
Alhamdulillah, segalanya dah kembali ok.. 😀
Shasha Mohamed says
Terima kasih kerana bagi petua yang amat berguna nih.
saya beberapa tahun dulu pernah kena cirit-birit teruk sampai 2 minggu lepas tu baru kurang sikit.
Nak angkat tangan pun tak larat, ingatkan dah tiba ke akhir hayat saya, teruk…
Puncanya beli ikan percik dari bazar Ramadhan kat Pandan Jaya..
Alhamdulillah sekarang dah ok dan kembali sihat.
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali Cik Shasha. Kekadang risau juga makan diluar ini. Lebih selamat masak sendiri dirumah.
p/s: Byk lagi petua dari pembaca spt teh pekat, air tepung gandum, eno halia dan rendaman biji selasih.
geenana aris says
assalam tuan
dlm story msk rumah br ..tak lupa jugak bg petua nih
tk byk2 n slmt duduki rumah baru perabut baru msti best kan
nnti pos lah gambar2 kat blog tuan ok
tk
Hairul Hissam says
Wsalam. terima kasih Cik aris.
Insyaallah, dah ramai yg tanya.. nanti saya masukkan .. dlm minggu nie kot.. 😀
segalabenda says
masa ramadahan ari tu 3 hari aku cirit birit..seksanya rase..perut rase senak semacam berpusing-pusing..
Hairul Hissam says
Hanya org2 yg pernah kena cirit birit akan tahu betapa seksanya kan bro 😀
hatiputera says
100 plus untuk buang angin dalam perut. Kena standby stok kurma lepas nie.
Hairul Hissam says
Selain kurma, tepung gandum, biji selasih dan byk lagi tips dari komen pembaca. Saya pun dpt petua tambahan.. 😀
puteri kasih says
wah rumah baru..barang pun semua baru yer 🙂
100 plus elok untuk memulihkan tenaga dalam badan selepas cirit birit. Malah boleh juga mengamalkan minum air kelapa muda ketika cirit birit. Lepas ni jaga pemakanan yer 🙂
memang seksa bila kena cirit birit ni..rasa nak je tidur dalam tandas terus..hehe
Hairul Hissam says
tima kasih cik puteri atas tips air kelapa muda tu..
saya mmg suka minum air kelapa nie….
InsyaAllah, lepas nie kena lebih berhati2
betul tu, mau rasanya bawak bantal dalam tandas.. he.he.he
Yamin says
En.Hairul.
Ada lg petua utk cirit birit ni. Ambil tepung gandum 1 camca besar di bancuh dgn air suam setengah cawan dah la, pas tu terus minum. Insyaallah cirit birit akn sembuh.
Hairul Hissam says
Tima kasih Cik Yamin, dari komen pembaca, ramai juga yg cakap guna air tepung gandum. Tentu mujarab. tqvm 😀
giezahid says
lau nak senang lagi makan pil chi-kit teck aun lagi mujarab dah mudah didapati.. terus elok…dijaminnn.
Hairul Hissam says
Tima kasih en zahid di atas info tu
tentu lebih mudah kan. telan sahaja 😀
hafizmd says
fuh! mesti penat baik punya. Kemas rumah sorang2 dalam keadaan sakit perut…adui =)
Mmg kita ni, pantang nampak makanan macam ok lagi, bedal sajalah…sakit belakang kira..hehhee
Hairul Hissam says
Hanya Allah swt shj yg tahu betapa penat dan seksa nya… 😀
Tapi lepas tu, alhamdulillah dapat nikmati rumah baru.. he.he.he
hafizmd says
Alhamdulillah.Nikmatnye pasri lebih terase…kan?
p.s.best gial kentang baca tips dan petua drp komen2 yg ada…mmg terbaik!
Hairul Hissam says
Saya pun suka dgn petua dari komen pembaca. lepas nie kalo kena cirit birit lagi, tak risau lagi 😀
gloryatie says
paling simple, makan pil che kit teck aun
atau ubat cirit kat farmasi
ni memang lam stok
maklumla, “perut manja”
jangan salah makan, makan pedas pun dah “bertamu” kat toilet uhuhuhuhu
siksa……
Hairul Hissam says
Mmg popular ubat nie sebab ada iklan kat TV.
Tapi kalo tak sempat nak beli, boleh cuba petua di sini Puan yatie 😀
akubiomed says
Salah satu petua yang boleh untuk mengurangkan cirit-birit adalah minum air basuhan beras.
Hairul Hissam says
Wah. petua baru nie. Tentu mudah disediakan kerana sememangnya ada beras di setiap rumah. Tima kasih bro 😀
chii says
mmg seksa kalau kena cirit birit..tp alhamdulillah..setakat ni terselamat lg..apa pun.petua yg mudah dan senang diikuti…kiranya pasni kena pastikan ada buah kurma dlm peti ais
Hairul Hissam says
Selain buah kurma, boleh juga guna tepung gandum, biji selasih dan byk lagi petua dari komen pembaca.
Kalau kena lagi, bolehlah test petua2 yg diberikan pembaca. 😀
Mekar says
oh.. jarang pula cirit birit yg keterlaluan ni. Selalu perut sya mudah angin. Caranya minum eno halia. Legaa… kentut..huhu
Hairul Hissam says
Mmg elok stand by eno halia dalam ruman 😀