Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Ayam Masak Halia ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Halia:
=1 ekor ayam – potong sederhana
=daun limau purut -secukup kegunaan
=garam secukup rasa
BAHAN A (KISAR )
=10 ulas bawang merah besar
=3 rangkai bawang putih (semua sekali ya bukan se ulas)
BAHAN B (KISAR)
=4-5 cm halia
=6 tangkai serai
=lengkuas (agak2 sebesar tapak tgn)
BAHAN C
=4 sudu makan biji ketumbar
=3 biji bunga lawang
=2 biji kulit kayu manis
*boleh kisar,boleh biar begitu sahaja
Cara Membuat Resepi Ayam Masak Halia :
1) tumis bahan A sehingga naik bau.
2) tambahkan bahan B dan masak lagi lbh kurang 15 minit/bila asap dr masakan dh keluar dengan byk
3) masukkan ayam dan bahan C.gaul rata.tutup periuk.masak selama lebih kurang 1 jam.tidak perlu tambah air tp PERHATIKAN masakan spya tidak hangit.
4) setelah hampir masak tambahkan garam dan perasakan secukupnya.
5) masukkan daun limau purut dan kacau sebati.tutup api.
*pastikan semua bahan dan rempah masak secukupnya supaya tidak kelat bila mkn.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi ayam masak halia
Leave a Reply