Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kuih Lapis ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kuih Lapis:
1 Cawan tepung beras
2 Cawan santan (1 c santan pekat + 1 c air)
2 Sudu Besar tepung gandum
2 Sudu Besar tepung jagung
1/2 Cawan gula pasir
Garam
pewarna merah dan perisa ros
Cara Membuat Resepi Kuih Lapis:
1. Sebelum membuat resepi kuih lapis ini, elok panaskan air dalam alat pengukus untuk mengukus kuih lapis.
2. Panaskan santan dalam periuk sehingga suam-suam sahaja. Tutup api.
3. Masukkan semua tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
4. Masukkan santan. Gaul rata dan tapis. Adunan kuih lapis mestilah pekat.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian warnakan merah dan satu lagi bahagian letakkan perisa ros dan tiada warna. Supaya kuih lapis kita berlapis-lapis
5. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang satu cawan adunan perisa ros ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit
6. Apabila lapisan pertama telah masak, tuang satu cawan adunan warna merah. Kukus lagi 5 minit.
7. Ulang proses hingga habis adunan dan di akhiri dengan lapisan warna merah dibahagian atas sekali. (Boleh juga dilapisan yang akhir, tambah merah supaya kuih lapis nampak lebih berseri)
8. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong dengan pisau plastik (pisau plastik yang digunakan potong kek)
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi kuih lapis
Sunthari says
Hi Hairul,
I ini confuse dgn sukatan.
1 cawan tepung beras
2 spoon tepung gandung
2 spoon tepung jagung
boleh tak beritahu sukatan yang betul?
Hairul Hissam says
Biasanya satu cawan, beratnya lebih kurang 200gm. Selamat mencuba.. 😀
Sofea says
Tq share resepi 🙂 boleh cuba lepas ni
Hairul Hissam says
Selamat mencuba resepi nie dan semoga berjaya membuat kuih lapis yg sedap..
Roslizah Md Radzi says
TQVM resepi ni gerenti lembut dan lemak. Keep it up.
Hairul Hissam says
Semoga berjaya buat kuih lapis nie..