Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kuih Deram ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Resipi Kuih Deram
Bahan-bahan Resepi Kuih Deram:
2 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk buah pelaga
1/2 sudu kecil minyak sapi
minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Resepi Kuih Deram:
1. Masukkan gula merah dan air ke dalam periuk.
2. Masak campuran tadi sehingga semua larut dan air gula mendidih. Tambahkan serbuk buah pelaga dan minyak sapi. Kacau lagi.
3. Sewaktu air gula masih mendidih, tuangkan ke dalam tepung beras dan gaul sehingga sebati.
4. Dapatkan adunan yang pekat. Biarkan adunan ini semalamam suhu bilik sekurang-kurangnya 8 jam.
5. Panaskan minyak dan ambil sedikit adunan dan bentukan seperti donat.
6. Goreng dalam minyak yang panas. Masak kedua dua bahagian. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi kuih deram
Leave a Reply