Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi kuih koci ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Ada dua Bahagian Resepi Kuih Koci
1. Tepung
2. Inti
Bahan-Bahan Tepung Resepi Kuih Koci
1 cwn tepung pulut
1 cwn tepung pulut hitam
air secukupnya + sedikit garam
Cara-Cara Membuat Tepung Resipi Kuih Koci:
Bancuh semua dan letak air sikit2 asal blh kepal n tak melekat kat tangan
Bahan-Bahan Inti Resepi Kuih Koci:
– 1bj Kelapa parut
– 1 buku gula melaka
– 4 sb gula
– 1 cwn air
– 2 helai daun pandan
– 1sb tepung beras atau tepung gandum (sebagai pelekat)
Cara-Cara Membuat Inti Resepi Kuih Koci
1. Panaskan kuali, masak gula sampai cam karamel
2. Tuang air sikit n biar mengelegak
3. Masukkan daun pandan n kelapa parut n kacau sampai likat
4. Ltk tepung n kacau lg sampai kelapa melekit n tidak berderai. Ketepikan biar sejuk
5. Kepal pulut agak saiz blh masuk mulut
6. Ade org letak sesudu santan pekat atas daun – org johor byat cam tu tp kdh x kot. (daun tu layorkan n sapu minyak sikit)
7. Ltk pulut di tapak tangan dan leperkan.
8. Letak inti
9. Tutup blk jadi bulat sampai x nampak inti
6. Bungkus cam bungkus nasi lemak
7. Kukus dlm 10 min
Siap.
Baru akak perasan (sejak marathon masak2 ni) : Kuih kampung ni lebih kurang sama jek, tukar2 kulit jek, inti sama contoh ketayap, pulut inti, kuih koci semuanya inti kelapa.
(padanla org jual kat warung leh ltk mcm2 jns kuih. Pernah terpikir, bilala masa die org buat semua dlm sehari!)
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resepi kuih koci. Emak Ayah saya dulu jual 10 jenis gak kuih sehari.
raja suraijah says
nk tny singkatan sb tu ape yerk?
Hairul Hissam says
sb tu sudu besar… selamat mencuba… 😀
raja suraijah says
tq…