Petua ini kiriman Cik Sakeenah (Choco Nilla) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah.
Sesetengah orang akan berasa mual dan pening kepala apabila menaiki kenderaan. Jangan risau kerana orang dahulu sudah mempunyai petua cara mengelak dari mabuk kenderaan atau mabuk laut.
.
Petua cara mengelak mabuk kenderaan
1 Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.
2. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
3. Menutup pendingin hawa. Dan membiarkan angin dari luar masuk
4. Hiris halia nipis-nipis dan kunyah lah halia itu atau anda juga boleh memasukkan hirisan halia ke dalam termos dan minum ketika dalam perjalanan.
Semoga tips ini membantu anda mengelak dari mabuk kendaraan atau mabuk laut
Admin: Terima kasih kepada Cik Sakeenah atas kiriman petua cara mengelak mabuk kenderaan ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara mengelak dari hutang. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
tehr says
kat laut je aku mabuk
sebab tu aku malas nak ke laut
gloryatie says
saya memang mabuk kenderaan. tapi petua saya amalkan ni lain sikit. setelah amalkan ni rasanya sekarang jarang mabuk. kalau naik kereta, mesti duduk depan. asal naik kete je terus tidur,so takla mabuk uhuhuhuhuh.
time naik kapal gi mancing pula, duduk diam2, tak banyak jalan atas kapal. asal rasa mabuk je, makan asam.
LangkawiHomestay says
mkn asam byk membantu jugak la..
Petua Emak says
tapi asam kurang bagus untuk kesihatan… 😀
'Izzah says
sye p0n mabuk kenderaan gak,,,ni bleh amalkan nie.
tp ade cara laen juge,iaitu dgan membau bau limau nipis time anda berasa mabuk kereta.h0h0 😀 papep0n TQ atas petua ini.
sabree hussin says
dulu selalu jgak mabuk kenderaan ni, masa kecik2 dulu la tapi. Maybe sebab time tu banyak kereta pakai enjin minyak diesel.
pergi mana-mana kena sediakan plastik je .. tak tahan kalau duduk dalam kereta ada aircond, boleh rasa loya
Choco Nila says
Lepas ni boleh ler cuba amalkan.. saye pon slalu mabok kete.. tpi sbbkan saye cpt tido klu kene aircond.. x dek lah rase mabok tu..
titan says
masa kecil pernah la juga mabuk. sekarang ni dah besar. tak mabuk dahh..
ciksembang says
bolehlah beritau kawan2 yg selalu amik pil mabuk
Petua Emak says
dah boleh jimat duit dari beli pil mabuk 😀
akubiomed says
Ketika kecil dahulu emak saya selalu buah limau dan kulit yang dikupas selalu dibuat cium. Kalau hendak muntah juga beg plastik sudah siap. 🙂
Petua Emak says
Bila baca komen bro akublomed, teringat masa kecil2, kalo berjalan jauh disediakan bag plastik. sebab akak selalu muntah kalo jalan jauh 😀
bEe says
bEe lbh suka makan asam boi @ minyak angin letak kat tisu n tekap kat hidung