Resepi ini kiriman pembaca blog hairul.com iaitu Kak Raja. Tentu ramai yang mengemari biskut coklat ini terutama kanak-kanak. Jom kita belajar cara membuatnya.
.
Resepi Biskut Coklat After 8 Drops
Bahan A
200gm butter
50gm shortening
2biji telur kuning
200gm gula perang
1 sudu teh essen pepermint
Bahan B
100gm choc diparut halus
2sudu besar susu tepung
1sudu teh baking powder
1/4sudu teh baking soda
1/4sudu teh emplex
250g tepung gandum
Bahan C
100g walnut cincang n bakar
100g kuaci putih ijau campur n bakar
59g coklat chip putih
Cara Membuat Resepi Biskut Coklat
1. Kacau bahan A sehingga sebati dengan spatula
2. Masukkan semua bahan B tapi tepung gandum dimasukkan terakhir sekali
3. Dan Masukkan bahan C dan kacau sehingga ia sebati.
4. Bentukkan bulat2 saiz duit syilling 20sen letakkan jauh2 sebab biskut ini mengembang.
5. Seterusnya bakar 170 16-20min. Biar sejuk baru kuarkan dari loyang.
Hairul.Com: Terima kasih kak raja kerana sudi berkongsi resepi biskut coklat after 8 drops ini. Boleh dijadikan resepi biskut kuih raya tahun ini.
suri says
Ini buat saya nak kedapur berkali2 menu utk anak2 hujung mggu
Hairul Hissam says
Tentuj anak cik suri suka.. 😀
puteri kasih says
unik je nama biskut ni..hehe
Hairul Hissam says
lain dari yg lain…hee 😀
TehR says
apasal warnanya tak ceria?
kurang menarik minat kanak2 ni
Hairul Hissam says
Mungkin kena tambah lagi coklatnya dan dibentukkan lebih rata.. tapi kalau makan sekali.. sekejap je abis.. :D…
noora says
Bahan B tepung apa ,2 sudu besar.?? Look nice n delicious…
Hairul Hissam says
typing error.. susu tepung tu.. tqvm 😀