Memang merisaukan apabila jerawat kelihatan pada muka. Terutamanya pada golongan wanita yang sangat mementingkan kecantikan wajah. Ok disini ada petua tradisional menggunakan bahan semulajadi. Jika diamalkan insyaAllah cara ini sangat membantu menghilangkan jerawat pada muka.
.
Petua Cara Menghilangkan Jerawat Tradisional Mujarab
1.Pecahkan dua biji telur dan ambil putih telur sahaja. Kemudian campurkan dengan satu sudu madu dan dua ulas bawang putih yang telah ditumbuk. Kemudian sapukan pada muka. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas atau dibasuh muka.
Cara ini sangat mudah kerana bahan-bahannya mudah didapati di rumah anda. Manakala bahan yang digunakan sangat bagus untuk kesihatan wajah anda. Semoga petua tradisional ini membantu anda hilangkan jerawat dimuka. Cubalah Petua Cara Menghilangkan Jerawat Tradisional Mujarab ini.
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara membuka penutup botol ketat. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
Adif Fida says
cara lain yg selalu saya guna pakai…
masker tepung ubi + asam jawa (jusnya sahaja)
gaul sebati (jgn cair sgt),
tepek kat muka tunggu hingga kering pastu cuci
muka akan rasa ringan & lembut….
kalau ada jerawat yg besar2 tu..cepat jek mengecut…
gloryatie says
saya selalu tumbuk daun jambu batu dan tampal kat tempat jerawat atau kalau takde pokok jambu batu boleh tampal bedak sejuk campur garam halus. selamat mencuba 🙂
choco nila says
cara lain … bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. tepek pada muka setiap malam. lepas kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari .. selamat mencuba
farid maskulin says
cara yg lain saya selalu gunakan serbuk kulit kayu manis di campurkan dengan bedak sejuk setiap malam.. sangat berkesan…
selamat mencuba.. :))
azrie amriey says
Azriey Amrie sy selalu buat, campurkan bedak sejuk, kulit kayu manis (tumbuk halus), serbuk kunyit (klau ada kunyit hidup lg bagus), bancuh dgn air asam jawa.. Jerawat akan kecut dan hilang dlm masa yg singkat… cubalah…
ohcikgu says
leh bagitau budak sekolah nih..hehe
purple peace says
saya slalu menggunakan beras yg tlah dihancurkan
shinga halus,,kmudian cmpurkn dgan air,,tpi jgan trlalu cair…kgunaannya sprti bdaak sjuk…kulit muka mjadi lembut dn cerah..