Resepi ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Menurut kak raja resepi ikan bakar siakap tasek raban ini diperolehi dari pekerja restoran ikan bakar siakap tasek raban. Rasanya memang sedap dan lain dari yang lain. Jom kita pelajari cara membuatnya.
.
Resepi Ikan Bakar Tasek Raban Marveles
Bahan-Bahannya:
1 ekor ikan siakap di belah belakang
2 biji cili hidup
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 sudu besar pes cili kering
1 batang serai
Sedikit halia, lengkuas, kunyit hidup
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula
Sedikit air asam jawa
Garam Secukup Rasa
2 sudu jus biji limau kasturi
Garam
Cara Membuat Resepi Ikan Bakar Siakap
1. Kisarkan cili hidup, bawang merah, pes cili, serai, halia, lengkuas dan kunyit hidup dengan blender.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan tadi sehingga naik minyak.
3. Kemudian, masukkan gula melaka, gula, air asam jawa dan garam. Agak-agak dah pekat sikit kuahnya, padamkan api.
4. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
5. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
6. Lumurkan rencah yang dah ditumis tadi dengan ikan yang telah bersih
7. Simpan sikit rencah tadi untuk dituang ketika menghidang.
8. Panggang atas bara api ikan bakar siakap tersebut.
9. Setelah masak, tuang sikit rencah yang disimpan ke atas ikan dan hidangkan panas2
Resepi Air asam Jawa Untuk Kuah Resepi Ikan Bakar
1 biji bawang besar
1 biji buah tomato
1 cawan air masak
5-10biji cili padi
1 genggam asam jawa
2 sb kicap manis
1 sb gula
1 sk garam
Cara Membuat Air asam Jawa Untuk Kuah Resepi Ikan Bakar Siakap
1. Gaulkan 1 cawan air bersama segenggam asam jawa. Ambil jusnya.
2. Campurkan jus asam jawa dengan kesemua bahan diatas dan kacau hingga gula dan garam larut.
3. Hidang dengan ikan bakar yang panas2 dengan air asam.
Hairul.Com: Terima kasih Kak Raja di atas kiriman Resepi Ikan Bakar Siakap Tasek Raban yang marveles ini. Tentu ramai yang tak sabar ingin mencubanya.
donnyien says
hai bro, saya peminat setia ikan siakap.. apa cara memasak sekalipun, semua masuk mulut hehe. Tq dengan resepi ini. Bolehlah cuba2 lepas ni.
Hairul Hissam says
Cubalah bro.. boleh dipelbagaikan lagi resepi ikan siakap mengikut selera kita 😀
cik tom says
dah lama xmakan ikan siakap…nmpk sedap n menyelerakan 🙂
Hairul Hissam says
tapi nak kena cari ikan yg fresh baru sedappp… 😀
cik tom says
nak cari yang fresh tue susah jgk..
Hairul Hissam says
walau bahan cukup tapi ikan tak fresh.. tak sedap juga… 😀
TehR says
ikan bakar memang sangat sedap
memang tak boleh nak kata apa lagi
hehe
Hairul Hissam says
biasanya masa puasa, mesti beli ikan bakar kan bro tehr… 😀
puteri kasih says
selalunya masak 3 rasa dengan stim je..kena cuba resepi ni plak lepas ni 🙂
Hairul Hissam says
Kalau ke restoran pun, kebanyakkan hidangan siakap tiga rasa… rugi tak dicuba… 😀