Hari ini saya ingin berkongsi ubat tradisional menghilangkan sakit mata. Inipun atas pemintaan pembaca. Sakit mata merah disebabkan oleh virus dan kuman pada selaput mata. Ia menyebabkan kegatalan pada mata dan mudah berjangkit melalui wap air dan udara. Dibawah ini petua untuk menyembuhkan mata merah.
.
Petua Ubat Sakit Mata Merah
1. Basuh 5 helai daun sirih dan tumbuk bersama sedikit kunyit hingga lumat. Campurkan dengan air panas, Tapis dan ambil airnya sahaja. Kemudian minum airnya. Buat setiap hari hingga baik. Air daun sirih dan kunyit ini bertujuan menguatkan sistem imun kita dalam membunuh virus sakit mata ini.
2. Mata merah tidak semestinya penyakit sakit mata. Mungkin juga disebabkan habuk yang melekat pada bawah kelopak mata dan bergesel dengan bahagian mata. Atau mungkin juga kudis yang tumbuh dibawah kelopak mata. So periksa mata anda terlebih dahulu.
3. Sebenarnya penyakit sakit mata akan sembuh dengan sendirinya dalam 2-5 hari. Kerana sistem imun kita akan membunuh dan menghapuskan virus atau kuman sakit mata ini. Jika sakitnya berlarutan lebih dari 7 hari, jumpalah dengan doktor.
Semoga tips Petua Ubat Sakit Mata Merah ini membantu.
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan kulat atau tahi lalat pakaian. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
gloryatie says
tapi i kena lebih seminggu adoi tak tahan, pastu berjangkit kat family pula tuh, kesian diorang.
Petua Emak says
mmg mudah merebak penyakit nie…. suami pergi office.. dah berjangkit kat office… 😀
azrie amriey says
ada org kata, kalau xnak berjangkit dgn org yg sakit mata, berdiri belakang dia, pas2 jelir lidah kt dia.. jd xlah berjangkit… betul atau x, xtaulah… pas2 klau ada serangga masuk dlm mata, sapu air liur (sikit je) kt mata 2, automatik serangga 2 akan ikut keluar sama… yg ni sy dah cuba, mmg mujarab.
Petua Emak says
yg air liur tu mmg bagus.. sebab air liur ada bahan pembunuh kuman… tq cik azrie..
suri says
pertama kli mdger baru tahu hee…bagus juga klu mecuba kena pada waktunya
Petua Emak says
kalo tak kena waktu.. lain plak jadiknya… 😀
'Izzah says
ini adelah cara”menghilangkn gatal pada mata” dn mengelakkan drpd mengg0s0k mata..carenye amat mudah+tradisi0nal…..mak sye slalu menggunakn cara ini…~~~
>>perah limau nipis dn campurkn sedikit air…
>>kemudian titiskn air limau td , pada mata…
insyaallah berkesan…~~selamat mencuba..~~:)
Adif Fida says
bab xmau berjangkit ni…pernah lah try…x berani nak kata, mungkin kebetulan…kalau nampak ade orang sakit mate…jgn tegur mata dia merah ke ape & jgn tenung mate dia..
Petua Emak says
kalo boleh… cepat2 cabut cik fida.. 😀
choco nila says
sakit mate mmg slalu hrp lps ni bleh gune tips ni
Petua Emak says
selamat mencuba..
zizan says
Terima kasih kerana memberi tips yang sangat berguna