Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi Biskut Fancy Ice-Cream kiriman Cik Honney. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Biskut Fancy Aiskrim
130gm buttercup
60gm gula icing
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4 sudu teh baking powder
20gm serbuk badam
Sedikit vanilla essence
Untuk Hiasan:-
1 biji kuning telur untuk sapu atas biskut
Topping coklat(coklat yang telah dicairkan) dan manik-manik urai sebagai hiasan
Cara Membuat Resepi Biskut Ice-Cream :
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
3. Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
4. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak
5. Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
6. Hias biskut ikut kreativiti anda.
Terima kasih kepada Cik HOnney kerana sudi mengirimkan resepi biskut ice cream ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.
akubiomed says
Budak-budak tentu suka biskut ini.
Hairul Hissam says
sudah semestinya 😀