Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi daging goreng kunyit ini adalah kiriman Kak Raja. Memang menarik nampak hidangan Kak Raja ini. Jom kita belajar resepi daging goreng kunyit istimewa ini.
Bahan-bahan Resepi Daging Goreng Kunyit
500 g Daging rebus jab, pastu lumur kunyit n garam. Ltk ajinomoto jk nak
1 bawang besar hiris
3 bawang putih dihiris
1 bj cili merah hiris
1 asam keping
5 btg kacang panjang
minyak utk menggoreng
Cara Membuat Resepi Daging Goreng Kunyit
1. Daging rebus dan tos. Lumur kunyit serbuk, garam dan ajinomoto – perap sekejab
2. Goreng daging dengan minyak sikit
3. Bila agak kering, masuk bawang besar, bawang putih n asam keping. Sampai layu jek.
4. Masuk kacang dan cili.
5. Siap masakan daging goreng kunyit.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resepi daging goreng kunyit.