1. Anda boleh klik link web belajar di dalam whatsapp dan terus belajar.
2. Atau anda boleh buka web belajar dari apps colornote. Caranya seperti di bawah. Buat sikit2 baru jadi mudah.
Cara buka web belajar dari apps colornote:
Cara Buka lebih mudah: Hanya buka apps colornote dan klik link web belajar sahaja. Lagi mudah kan. Tak perlu cari di wasap lagi.
Jika tiada Apps Colornote, pasang dulu
Pasang Colornote: Jika tiada apps colornote, kena pasang dulu. Caranya buka dulu apps Play Store di dalam handphone. Kemudian search colornote. Lepas jumpa, klik button install untuk pasang apps colornote.
Cara Masukkan Web Belajar ke dlm Apps Colornote
Masuk Link Web Belajar Ke Dlm Colornote: Buka dulu apps colornote. Kemudian klik button: + dan klik button: Text.
Kemudian copy link web belajar di dalam whatsap dan paste ke dalam apps colornote spt di atas. Seterusnya tekan button back di handphone anda. Siap.. Dua step sahaja.
Cara Edit
Untuk Edit: Kalau nak edit atau tambah link web belajar, tekan button: pensil tu.
Jika Handphone Rosak Atau Link Hilang
Jangan risau, anda boleh minta semula dari saya.
Atau cara lain, anda tulis nama web belajar dan password di kertas dan simpan di dalam file surat beranak atau sijil sekolah anda pun boleh juga.
Cara Play Video Web Belajar
Semasa buka video belajar, tekan dulu button full screen di bawah kanan video. Selepas tu tukar posisi handphone kepada melintang.
Selepas habis tonton video, tekan button back di bawah handphone anda (kalau laptop,button back di atas kanan browser).
Cara Kembali Ke Menu Utama
Di setiap bawah page ada link untuk kembali ke menu. Klik link tu untuk ke menu modul. Dan di menu modul, boleh di klik untuk terus ke page.
Cara Print Web Belajar
Anda perlu buka web belajar di laptop atau komputer. Kemudian tekan di keyboard anda: Ctrl P (Tekan serentak).
Jika Line Slow, Langan High Speed Data (Broadband)
Line slow kerana hp anda guna data internet biasa. Anda kena langgan data internet laju atau broadband untuk buka vidoe dengan laju.
Cara ini untuk telco Umobile. Telco lain caranya lebih kurang sama atau anda tanya terus dengan operator telco anda tentang cara langgan high speed data internet.
Ok, kita mulakan langgan high speed data Umobile.
Step 1: Buat phone call dengan taip *118#. Ini dipanggil ussd code.
Step 2: Taip 99 untuk pilihan Next dan Send.
Step 3: Taip 2 untuk pilihan Broadband dan Send
Step 4: Taip 1 untuk pilihan Subscribe dan Send.
Step 5: Taip 1 untuk pilihan MBDay dan Send
Step 6: Taip 1 untuk pilihan Confirm Purchase dan Send.
Step Akhir: Lepas anda terima sms successful dari umobile, barulah internet anda jadi laju.
*Ia akan tolak rm5 dari credit handphone anda. Dan anda boleh guna kelajuan highspeed data broadband untuk 24jam sahaja.
Leave a Reply