Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Biskut Mama Carey kiriman Cik Honey. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Biskut Mama Carey:
Bahan A
200gm mentega
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Bahan B – di ayak
260gm tepung gandum / red rose
50gm tepung jagung
50gm tepung susu
Aising Hiasan
1 biji putih telur
90gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
Hiasan : beberapa jenis pewarna kesukaan
Cara Membuat Resepi Biskut Mama Carey:
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
3. Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati atau disukai. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
4. Bakar biskut setengah masak selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan dan buat lorekan diatas permukaan aising tadi.
5. Bakar semula selama 15 minit hingga masak.
Cara Membuat Aising biskut mama carey
Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik. Masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas permukaan biskut…(atau plastik)..guna jari pun boleh.
Terima kasih kepada Cik Honey kerana sudi mengirimkan resepi Biskut Mama Carey ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.
akubiomed says
Susah hendak buat hiasan diatas biskut ini. Tangan tidak boleh bergoyang ketika melakukannya. 🙂
Hairul Hissam says
Mmg cantik dan menarik kuih ini kan bro 😀