Semasa bekerja di restoran dulu, inilah resepi mee goreng mamak paling sedap pada saya. Tapi saya ubah sikit resepinya ikut citarasa saya. Anda juga boleh ubah ikut citarasa anda.
Tepi sebelum ke resepinya, jom tengok dulu komen jual creampuff untung gilos
Memang untung jual creampuff dengan harga hampir RM1 sebiji. Orang tetap beli sebab rasa sangat sedap. Sekali makan, confirm nak lagi. Kalau anda nak belajar creampuff untuk bisnes ada di www.rahsiapuff.com . Memang berbaloi. Sekejap jee balik modal. Jom belajar di www.rahsiapuff.com
Resepi Mee Goreng Mamak
Jom kita mula membuat mee goreng mamak. Bahan-bahan mee goreng mamak mudah dibeli di kedai runcit atau pasar raya. Manakala cara membuatnya tersangat senang dan tersangat sedap.
Resepi ini Utk 5 Org Makan Kenyang
Bahan-Bahan Mee Goreng Mamak
5 ulas bawang putih yang dicincang halus.
1 senduk setengah cili giling Adabi
*Nak Sedap lagi buat cili kisar sendiri ya
*Elakkan guna cili boh kerana tak sedap.
100 gm daging lembu yang dicincang atau dipotong kecil
20 ekor atau lebih udang (tanggalkan kepala dan kulit atas)
1/2 Senduk Sos Cili
1/2 Senduk Sos Tomato
1/2 Senduk Kicap Manis
3/4 Senduk Sos Tiram
1 Bungkus Mee Kuning (1kg)
2 biji bawang besar yang dipotong mayang
2 biji tomato yang dipotong nipis
4 Batang Daun Sawi yang dipotong kasar
Garam Dan Gula Secukup Rasa
Boleh juga tambah fishcake, fishball yang dipotong nipis.
Sukatan resepi ini boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa anda.
Cara Membuat Mee Goreng Mamak
Langkah Pertama: Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali. Kemudian masukkan bawang putih cincang. Tumis hingga naik bawang dan warnanya sedikit keperangan. Kemudian masukkan satu senduk setengah cili kisar. Dan masak sehingga naik minyak.
Psst: Jangan guna cili boh sebab tak sedap. Cari cili giling adabi. Gambar cili giling adabi klik >>> Cili Giling ADABI. Kalau dapat buat sendiri cili kisar lagi sedap.
Langkah Kedua: Setelah naik minyak, masukkan daging cincang dan kacau hingga sama rata dan terus masukkan udang basah dan kacau hingga sama rata. Anda juga boleh guna isi ayam yang dipotong dadu di dalam resepi mee mamak anda.
Langkah Ketiga: Boleh terus masukkan 1/2 senduk Sos Cili, 1/2 senduk Sos Tomato dan 1/2 senduk Kicap Cair Manis dan 3/4 senduk sos tiram. Masa saya bekerja di restoran dulu, ada diletakkan juga kicap pekat dalam resepi mee goreng mamak untuk ia lebih hitam.
Langkah Keempat: Masukkan lebih kurang 2 sudu gula dan 1 sudu teh garam. Garam dan gula secukup rasa bergantung kepada citarasa anda. Tunggu sehingga daging dan udang basah benar-benar masak dalam 10-15 minit. Daging yang dicincang cepat masak.
Langkah Terakhir: Masukkan mee kuning, hirisan tomato, bawang besar dan sawi. Dan kacau sehingga sama rata. Peringatan penting. Mee kuning tidak boleh di masak terlalu lama, nanti kembang. Apabila anda memasukkan mee kuning, kacau dalam 3 minit dan matikan api. (Jika anda mahu masuk tauge, masukkan lebih awal sebelum memasukkan mee kuning)
Cara Membuat Mahkota Mee Mamak
Langkah 1: Untuk buat Mahkota mee mamak, letakkan mee kuning diatas penapis besi seperti gambar di sebelah kiri. Kalau boleh gunakan penapis besi yang rata. kemudian masukkan ke dalam minyak yang benar-benar panas.
Langkah 2: Setelah agak masak, terbalikkan mee kuning yang digoreng tersebut. Dan setelah warna agak keperangan, boleh lah diangkat.
Letakkan mahkota mee mamak seperti gambar di atas. Masa kerja dulu, ada diletakkan salad hiris atas mee goreng mamak untuk kelihatan lebih menyelerakan.
Masa kerja dulu sambal cilinya dah siap masak awal2. So bila terima order mee goreng mamak, ia dapat disiapkan dengan lebih cepat.
Inilah mee goreng mamak masa saya kerja di restoran sebelum bekerja di pastry/bakery kitchen hotel.
Resepi Mee Hoon Goreng & Kuey Teow Goreng pun boleh guna resepi mee goreng mamak. Cuma tukarkan mee kuning dengan mee hoon atau kuey teow. Untuk mee hoon perlu rendam di dalam air suam untuk ia lembut sebelum digunakan.
Selamat mencuba resepi mee goreng mamak yang sedap ini.
akubiomed says
Suka Mee Goreng Mamak. Nikmat dia lain macam sikit. 🙂
Hairul Hissam says
boleh laa cuba resepi nie…