Resepi ikan siakap stim limau ini merupakan kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Nampak sedap dan menyelerakan. Masakan kukus ini sangat baik untuk kesihatan keluarga anda. Jom kita cuba resepi siakap ini.
.
Bahan-Bahan Resepi Siakap Stim limau
1 ekor ikan siakap
1 inci halia
4 hiris limau
3 hiris lemon
2 ulas bawang putih
1 serai
daun bawang
1 cili
.
Cara Memasak Resepi Ikan Siakap Stim Limau
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam perut ikan.
2. Kukus selama 15 minit atau lebih lama bergantung pada saiz ikan.
.
Bahan Sos Ikan Siakap:
1 inci halia
1 biji jus lemon
3 biji jus limau
2 batang cili
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sudu besar gula
Minyak dan air
Cara Membuat Sos Hidangan Ikan Siakap Stim:
1. Kisarkan bahan-bahan di atas kecuali cili.
2. Tambahkan sedikit air ke dalam bahan kisar supaya tidak terlalu pekat.
3. Tumis bahan kisar tadi.
4. Masukkan cili apabila mendidih dan tutup api.
Hairul: Terima kasih Kak Raja kerana sudi berkongsi resepi ikan siakap stim limau ini. Tentu ramai yang ingin mencubanya.
nurmisnan says
i love siakap masak steam.. superb..
berangin jer badan + kuar angin.. hik3
Hairul Hissam says
Kena plak ngan Ikan yg fresh cik nurmisnan… sedapnya tak terkata… 😀
UmmiKami says
Salam buat cikgu chef 😀
Tepi perangkap di baham harimau,
Siamang mati di dahan tua;
Resepi siakap stim berlimau,
Memang ku nanti makan berdua. 😀
Hairul Hissam says
Wsalam.. kali ini resepi dari cikgu chef kak raja. 😀 .
Makan berdua ditepi jeti,
Sambil disulam jelingan rindu
Siakap Stim Hidangan Diberi
Kalau tak cuba, mmg rugi tauuu
UmmiKami says
To Cikgu Chef 😀
Ujian periksa kerap berkalau,
Entah kemudian tidak bekerja;
Sajian terasa siakap berlimau,
Bilakah tuan hendak belanja.
Hairul Hissam says
Elok panggil hairul jee, kak umi. segan la plak.. 😀
Cikgu chef nama diberi,
Penuh kiasan seribu makna
Mmg nak belanja, buat yg sudi
Datang la ke rumah bersama keluarga
UmmiKami says
Salam manis buat Hairul yang budiman 😀
Memakai sanggul seri seroja,
Cucuk kenanga sunti indahkan;
Andai Hairul sudi belanja,
Periuk belanga kak Ummi hadiahkan. 😉
Hairul Hissam says
Wah.. saya dah boleh buat bisnes periuk belangan nie.. Dah ada supplier free dari Kak ummi. heee
akubiomed says
Untung bagi mereka yang suka makan ikan. Malangnya saya kurang gemari ikan.
Hairul Hissam says
Baru saya tahu bro tak suka makan ikan. Mungkin sebab hanyir kot…:D
TehR says
fuh, memang sangat menyelerakan
makan berdua je cukup ni
hehe
Hairul Hissam says
Sedapnya sampai bapak mertua lalu pun tak perasan kan bro tehr 😀
Zulhilmi Zainudin says
Menarik sekali. Saya selalu makan Siakap 3 Rasa sahaja. 😀
Hairul Hissam says
Mmg sedap siakap stim nie bro.. lagipun cara membuatnya mudah sangat.. sumbat dan kukus.. 😀