Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi minum petang ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Popia mini:
=5 keping kulit popia – saiz kecil
=1 keping helaian kubis – buang “tulang” yg keras tu,guna bahagian daun yg lembut je (hiris halus)
=2 sudu makan daging ayam kisar
=1 ulas bawang putih (cincang lumat)
=1 biji tomato (saiz kecil) – cincang halus/potong dadu
=pati ayam secukup rasa
=bancuhan tepung jagung
=minyak untk menggoreng
Cara Membuat Resepi Minum Petang:
1) tumis bawang putih hingga naik bau.masukkan tomato.masak seketika.kemudian,masukkan daging ayam kisar dan kubis.
2) setelah tomato agak lembut,tambahkan pati ayam secukup rasa.(boleh tmbahkan sedikit sos tomato/cili jika suka).
3) tambahkan air jika perlu tp sikit je (sb tomato tu sendiri akan mgeluarkan cecair.)tutup api dan sejukkan seketika.
4) ambil sekeping kulit popia,letak inti dan balut.lekatkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung jagung.
5) goreng dlm minyak panas sehingga kuning keemasan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi minum petang ini
Leave a Reply