Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Ayam Goreng Berempah ini kiriman Cik Azriey Amrie. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah:
1 ekor ayam – dipotong 8
4 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 sudu besar serbuk ketumbar
Kunyit – sebesar saiz ibu jari
Halia – sebesar saiz ibu jari
1/2 sudu besar gula
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun kari
Cara Membuat Resepi Ayam Goreng Berempah:
1. Tumbuk bersama-sama kunyit, halia dan garam sehingga 1/2 lumat
2. Masukkan pula bawang merah, bawang putih, garam dan gula. Tumbuk lagi.
3. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi beserta dengan serbuk jintan putih, tepung beras, daun kari dan serbuk ketumbar pada ayam sehingga rata
4. Perapkan ayam antara 2-3jam (lebih enak diperap semalaman. Rasa rempah akan meresap hingga ketulang ayam)
5. Akhir sekali, goreng menggunakan api sederhana
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi ayam goreng berempah.
Leave a Reply