Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Cendol ini kiriman Kak Raja. Memang nampak sedap dan menyelerakan. Jom kita pelajarinya.
2 bahagian Resepi Cendol
1. Jeli cendol ( kalau malas, beli jek yg siap )
2. Air gula
Bahan Isi Cendol (jeli warna hijau)
40g Tepung beras
10g Tepung ubi
50g Tepung hoen kwe (mung bean flour)
2sb Gula
1 sb air kapur
Garam
650 ml Santan (air blend ngan daun pandan)
Bahan air gula
1000 ml Santan
Garam
250 g gula melaka
250 ml air
Cara Membuat Resepi Cendol
1. Masak 400 ml santan biar atas api
2. 250 ml santan lg campur semua tepung n kacau
3. Tuang adunan tpg atas santan panas n kacau sampai nmpk transparent n berkilat
4. Dlm mangkok besar isi air ais. Ltk tapis (mcm lubang2 kukus kecil) n tuang adunan tadi sambil tekan dgn sudu.
5. Biar cendol dlm ais sekejab
6. Cairkan gula nelaja dgn air
7. Masukkan santan dgn sedikit garam. Tgu mendidih sikit terus tutup api
8. Masa nak hidang (jk nak cantik) ambik gelas kaca yg tinggi masukkan ais ketul 3-4 bj
9. Tuang 2 sb gula merah, pastu ltk 2 sb cendol n kemudian tuang santan. Cantik berlayer2. Tp disini sy tuang saja dlm mangkok
10. Blh gak ltk pulut atau tapai atau kacang merah dlm cendol tuu
Hairul.com: Terima kasih kepada kak raja kerana sudi berkongsi resipi cendol
PSST: Dapatkan juga resepi mee goreng mamak style restoran dari saya sendiri di sidebar sebelah kanan blog ini.
RAZALI says
Cendol merupakan salah satu minuman kegemaran saya satu masa dulu.,tapi kini dah berusia kena kurangkan minuman yang manis dan berlemak,bagi mencegah penyakit.Ada pelbagai versi cendol yang saya dah rasa ,Untuk lebih sedap dibubuh tapai pulut dan juga kacang merah(macam bentu buah pinggang).Bagi saya warna cendol yang hijau menyerlah (ditambah pewarna hijau)disamping wangi daun pandan menarik dan mengundang selera untuk dinikmati.Apa yang lebih penting keseimbangan antara lemak santan/susu,manis gula (gula melaka/kabung/merah)sangat penting untuk menikmati rasa cendol yang sedap.Ditambah lagi rasa sejuk ais yang di parut/sagat.Saya difahamkan minuman cendol ini berasal dari jawa.Kemudiannya dibawa oleh para pedagang india Muslim yang berhijrah ke Tanah Melayu terutama Penang.Itu sebab mamak terkenal pasal cendol.
Hairul Hissam says
Kalau dah berumur mmg kena kurangkan makanan berlemak nie kan En razali. tqvm atas tips tersebut ya…
Syed Azhar says
tuan, sy ada buat cendol.. tapi bila dah campur santan dgn air gula merah dan ais, santan td tiba2 mcm ada habuk2 kasar..tapis, tapis dah sebelum tu.. sbb apa ye? mcm mana nak hilangkan habuk tu? atau mmg mcm tu..
Hairul Hissam says
mungkin dari gula merah atau kelapa.. so lebih elok tapis dengan kain.. 😀
Syed Azhar says
oo mcm tu..ok jap gi nak try.. thanks ye.. akhirnya berjumpa jgk dgn pakar cendol..hehe
Hairul Hissam says
kalo nak resepi air santan dan gula merah yg sedap.. ada di http://www.rahsiataufufah.com
Nil kamil says
Assalamua’alaikum wmh saya amat berminat untuk mula kan perniagaan makanan tapi pengalaman saya tidak cukup dari segi pengiraan kos Dan keuntungan Dan kerugian.. Sekian terima kasih
Hairul Hissam says
saya mmg ada ajar cara pengiraan kos di dalam dvd panduan video saya…