Kiriman Puan Gloryatie (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi pasuli arab ini adalah kiriman Puan Gloryatie. First time saya dengar resepi ini. Menurut Puan Gloryatie, Pasuli terkenal dalam masakan arab iaitu kacang buncis dan daging yang dimasak dengan sos tomato. Jom kita pelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Pasuli Arab:
3 cekak tangan Kacang buncis yang dipotong kecil
sebuku daging dipotong dadu
3 ulas bawang putih
1/4 tin pati sos tomato
3 gelas air
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
Cara Membuat Resepi Pasuli Arab:
1. goreng daging hingga empuk
2. masukkan bawang putih hingga naik bau
3. masukkan kacang buncis
4. masukkan air biarkan seketika
5. masukkan pati sos tomato dan garam secukup rasa
6. masak hingga kacang buncis empuk
7. siap untuk dihidangkan dengan nasi
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Gloryatie Kerana sudi berkongsi resepi pasuli arab