Resepi salad kentang ini merupakan kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Semasa saya bekerja di bahagian cold kitchen dulu, memang selalu juga buat salad kentang ini. Ia sangat mudah disediakan. Dan sesuai untuk mereka yang mengemari makanan menggunakan mayonis. Jom kita belajar cara membuatnya.
.
Resepi Western Salad Kentang
Bahan-Bahannya
4 biji kentang
2 biji telur
1/2sudu teh lada sulah
Sedikit Daun sup – hiris
Mayonis dan Thousand island
Sedikit Mix Vege
Garam Dan Gula Secukup Rasa
Cara membuat Resepi Western Salad Kentang
1. Rebus 4 biji kentangan, buang kulitnya dan potong dadu
2. Rebus telur dan lenyek dengan garfu. Boleh juga sagat sehingga dengan penyagat.
3. Gaul kentang, telur dan kesemua bahan-bahan diatas sehingga rasa lemak manis.
4. Boleh makan terus atau simpan sekejap di dalam peti sejuk.
Hairul.Com: Terima kasih kak raja kerana sudi mengirimkan resepi western salad kentang yang paling mudah ini. Tentu keluarga anda suka menikmati western salad ini.
puteri kasih says
ha yang ni puteri suka..memang sedap 🙂
Hairul Hissam says
Bolehlah buat nanti cik puteri.. 😀
staibaqhang says
nampak sedap…
Hairul Hissam says
selamat mencuba…
suri says
teringat menu kfg biasa2 tu ada salad begini rupa
untuk berdiet bolehkan bro ;)?
Hairul Hissam says
Boleh cik suri utk berdiet.. tapi kalau makan berlebihan.. boleh jadi buncit juga.. hee 😀
TehR says
anak bujang aku suka makanan macam ni
ikut pilihan emak saudaranya
hehe
Hairul Hissam says
Anak2 muda mmg suka masakan western yg mudah ini 😀