Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Nasi Kerabu ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Ada 4 bahagian Resepi Nasi Kerabu
1. Nasi biru
2. Sambal santan (tuang atas ayam)
3. Sambal kerisik ikan
4. Ulam dan Cara hidang
Nasi Berwarna Biru Resepi Nasi Kerabu
Bahan-Bahan
4 c beras
1 btg serai
1 st pewarna biru (org kltn ade serbuk khas)
2 helai daun limau purut
halia
Air
garam
Cara Membuatnya:
1. Semua bahan masuk periuk dan masak cam masak nasi biasa (rice cooker). Kalau kukus lg sedap n lbh cantik nasinya
Sambal santan
Bahan-Bahan:
10 bj bwg merah
5 tangkai cili kering
halia
2 batang serai
serbuk kunyit
2 c santan pekat
Garam, gula
2 keping asam
Cara Membuat
1. Mesin bawang, cili, halia, serai kemudian tumis dgn minyak sikit
2. Bl naik bau, masuk santan, asam,
garam n gula
3. Masak sampai agak pekat
Sambal kerisik ikan
Bahan-Bahan
200 g isi ikan kembong
2 batang serai
5 bwg merah
Garam , gula
1/2 biji kelapa parut
Cara Membuat
1. Blend semua dan goreng tanpa minyak sampai kering
Cara hidang Resepi Nasi Kerabu
Masa hidang asing2
a) nasi,
b) ulam (tauge, kacang panjang, timun, serai, kubis, bunga kantan, daun kesum semua racik n gaul sebati),
c) sambal santan (ini cam kuah),
d) kerisik ikan (cam serunding),
e) sambal tumbuk (tumbuk cili n ltk cuka),
f) budu,
g) keropok,
h) lada solok,
i) daging bakar,
j) telur asin,
k) ikan goreng celup tepung,
l) ayam percik,
m) bawang putih jeruk.
Tu dia panjangnya list. Biar masing2 pilih apa nak ltk kat pinggan.
Hairul.com: Terima kasih kepada kerana sudi berkongsi resipi
Fazilah mustaffa says
Ermm….I like…
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi nasi kerabu nie..
Intan says
Terima kasih drngan ilmu yang bermanfaat ini
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat..