Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi daging black pepper ini adalah kiriman Kak Raja. Nampak sedap masakan barat ini. Jom kita pelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Daging Black Pepper
200 g daging hiris nipis
4 sb sos lada hitam
1 bj bawang besar
1 cm halia potong lidi
5-6 biji cili api
2 sb kicap manis
1sb Minyak
Cara-Cara Membuat Resepi Daging Black Pepper
1. Dlm kuali panas, masuk minyak sikit dan masukkan daging bersama sos lada hitam dan air sampai paras tutup daging. Masak hingga daging lembut
2. Masuk kicap manis
3. Masuk garam, bawang besar yg dihiris, halia, cili
Siap
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi black pepper.