Teringat masa kerja di office dulu. Staff di sana sukakan biskut raya ini. Kata mereka “BiskutΒ raya ini nampak tidak popular, tapi rasanya memang best“. Mereka memang sukakanya. Mesti mereka rindu dengan biskut raya ini. Yelah hampir dua tahun juga saya meninggalkan mereka dan alam pekerjaan. Dan kini saya terperap di rumah mencari rezeki di internet. hu.hu.hu.
Tentu ramai tidak pernah melihat atau mendengar biskut raya ini. Namanya biskut Dahan Patah kerana bentuknya seperti dahan yang patah. Biskut raya ini emak saya pelajari dari kawannya semasa tinggal di KL. Semasa saya masih kecil. Sebenarnya biskut ini kurang menarik kerana ada satu step lagi yang tak di buat. Tak buat step akhir tu pun dah sedap. Ok jom kita tryyyy buat biskut raya ini. Tak de la sesusah mana.
Bahan Resepi Biskut Raya Popular
.
Bahan-Bahannya
(Dalam Sukatan Gm)
300gm Marjerin
200gm Gula Halus
1 Biji Telur
250gm Tepung Gandum
100gm Tepung Ubi
200gm Kacang Tanah
1/4 Sudu Besar Baking Powder.
(Dalam Sukatan Cawan – Resepi Asal)
1 cawan Marjerin
3/4 Cawan Gula Halus
1 Biji Telur
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Tepung Ubi
1 cawan Kacang Tanah
1/4 Sudu Besar Baking Powder
Cara Membuat Resepi Biskut Raya Popular
Langkah 1: Goreng tanpa minyak 150gm kacang tanah. Goreng sehingga warna putih dalam kacang tanah bertukar menjadi sedikit coklat. Seterusnya kisar kacang tanah tersebut dengan mesin pengisar. Kisar kasar dan jangan kisar terlalu halus. Optional untuk lebih sedap, elok dibuang kulit kacang tanah selepas ia digoreng. Kalau tiada alat pengisar, boleh guna lesung..
Langkah 2: Seterusnya pukul 250gm marjerin dan 150gm gula halus dengan mesin mixer. Kita gunakan gula halus. Seterusnya masukkan dua biji telur dan pukul lagi dengan mesin mixer. Hanya pukul sehingga gulanya hancur sahaja..
Langkah 4: Terap atau masukkan ke dalam acuan besi. Anda boleh gunakan apa sahaja bentuk acuan besi. Elok guna acuan besi untuk warnanya lebih menarik selepas dibakar. Bakar pada suhu 150 darjah selama lebih kurang 15 minit. Selapas masak, biarkan ia sejuk. Dan keluarkan biskut raya dahan patah ini dari acuan.
Satu step lagi yang dilakukan oleh peniaga biskut ini. Mereka mengaulkan biskut dahan patah yang telah dibakar ini dengan campuran tepung kacang hijau dan gula halus. Memang lebih menarik dan lebih sedap. Cuma kelemahannya, habis berterabur tepungnya di atas kerusi meja semasa memakannya nanti.
Mudahkan resepi biskut raya popular ini. Pasti keluarga anda sukakannya. Cubalah.
Banyak Lagi Resepi Best Percuma
Semua list resepi PERCUMA ada di side bar di bahagian bawah blog ini. Tapi sebelum ke sana, klik button Like dibawah. Baru saya bersemangat nak berikan resepi lagi.
akubiomed says
Uniklah kuih dahan patah ini. Boleh dicuba resepi ini.
Hairul Hissam says
Memang lain dari yang lain bro. Selamat mencuba.. π
cik tom says
menarik.. rs nak cuba jgk bl berpeluang nanti..thanks hairul =)
Hairul Hissam says
Cuba.. jgn tak cuba ciktom.. mmg besttt… π
p/s: nasib baik terbuka hati nak tengok dlm spam box.. biasanya empty je terus… π
asma says
Saya juga slalu membuat kuih ni waktu raya..tapi saya gunakan cornflake…rasanya mmg best..
Hairul Hissam says
Kuih cornflake tu lain Puan asma… π …
tapi kalo kita perhatikan kebanyakan kuih raya lebih kurang sama je..
cuma tukar2 bahan2 dlmnya….
Sariah says
Terima kasih kerana berkongsi resepi, insyaallah akak pun nak cuba…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba kak Sariah π
Rozie says
Salam. Thanks! Krn bg recepi ni. Insyaallah sy cuba buat nti. Ianya mudah n menarik. Blh la bg recepi lain plak nti. π
Hairul Hissam says
Wsalam. Mmg mudah kak Rozie resepinya. Bahan-bahannya pun mudah dibeli kan.. π
kayrul says
paling suka kuih nie…selalu kalau g rumah kawan mesti bantai kuih nie bebanyak..kekecik dulu panggil nie biskut Y jer
Hairul Hissam says
Samalah saya en. Kayrul.. biasanya panggil biskut Y sebab bentuknya mcm Y… tapi nama asalnya kuih dahan patah… sedap kan.. π
Mekar says
Bahan2 semua dah ada kt rumah cuma acuan bentuk Y yg tak pernah perasan kewujudannya di kedai.
pst: wah hairul, produk dia semua dr kedai 1 Malaysia. kat area umah sya tak pernah jumpa lagi kedai 1malaysia nih.
Hairul Hissam says
He.he.he… Kedai 1 malaysia tu dekat betul dgn pejabat pos.. So hari2 lalu kat situ.. Harga pun mmg murah dan tidak membebankan.
Mmg jarang nampak kuih ini kat kedaai.. Cubalah Cik Mekar.. π
Mekar says
Balik raya baru2 ni, terkejut tgk mak sya pun pertama kali beli biskut Y ni. Sya tiba2 teringat blog hairul.com yg perkenalkan kpd sya..hehe. Memang sedap la.. asyik nak ratah jer.. kami tak hidang kat tetamu sbb dok makan sendiri je..
Hairul Hissam says
Mmg sedap biskut Y nie kan cik mekar…. belum raya dah habis.. he.he.he…
anif says
Serius, ini pertama kali dengar Kuih Dahan Patah!
Hairul Hissam says
Masa saya bawa ke office pun.. tiada siapa yg kenal kuih ini.. π
azriey amrie says
salam… nmpak sedap… π
Hairul Hissam says
InsyaAllah sedappp cik azriey.. π
suri says
wah semua produk 1 malaysia hee blh tahan jimat brg2 asasnya
sy ingatkan kuih batang buruk tu heee⦠ni baru pertama kli degar nama kuih tu hee..pelik..tpi kata bro cam sedp
knk bt kuih ni kena ada acuan cma tu ker?
Hairul Hissam says
Mmg harganya Ok cik suri di kedai 1malaysia…..
ramai juga yg baru dengar nama kuih nie.. pelik tapi benar.. ha.ha.ha
boleh guna apa jua acuan.. kalo guna acuan bintang… namanya kuih bintang.. π
che aini says
Dulu waktu kerja kat kuala kubu bharu pernah pergi rumah kawan kat PJ dia tengah buat kuih ni, ambik juga resepi dia tu sbb rasa suka juga makan kuih ni, tapi bila pindah balik ke kedah ni entah kemana pergi resepi ni menghilang. En khairul dah bagi ni boleh la buat semula tahun ni, terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.
Hairul Hissam says
Mungkin juga resepi ini asal dari area selangor.. sbb kat Jb pun tak pernah nampak kuih ini…Selamat mencuba puan aini.. π
titan says
hoho..rupa aje dah pelik. rasa mesti sedap gila nih..
Hairul Hissam says
Sekali makan nak lagi .. he.he.he
chii says
macam menarik untuk dicuba je..tp kat umah takde mixer n oven =( tp xpe.chii nak amik resepi ni..leh kasi kat kawan..minta dia buatkan ke.eheheh..
thanks hairul utk resepi yg menarik..nama pun unik π
Hairul Hissam says
Bagus juga kerja sama tu cik chii.. Yg penting dapat rasa kuih raya nie kan… π
baizura says
Salam dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini. Pernah terjumpa acuan di kedai bekalan bakeri. Ingat kuih apa le… akan cuba dan sememangnya saya suka mencuba resepi2 baru. Menambahkan koleksi resepi saya. Terima kasih Encik Hairul.
Hairul Hissam says
Salam Ramadhan juga buat cik baizura. Itulah acuan kuih dahan patah atau kuih Y. Mmg seronok menyambut hari raya dengan aneka kuih raya.. nanti tentu saudara mara tanya.. kuih apa nie… π
daddydee says
Wah cam best je. nanti boleh try…hehehe
Hairul Hissam says
Mmg best daddydee. slmt mencuba dan berpuasa.. π
latifah bt. abdullah says
Assalamulaikum tuan,
Nak tanya sikitlah bagaimana nak jadikan kek kita lembab. Saya buat kek menggunkan butter cup, tapi kek saya kering dan berderai tak canitk bila dipotong dan semasa dibakar ia naik cantik apabila dah masak dikeluarkan dari overn tunggu sejuk sedikit keknya turun sedikit. Apa puncanya dan bagaimana nak kek kita lembab.
Hairul Hissam says
Kena tunggu pakej rahsia kek saya nanti.. lepas raya kot saya buat dgn kerja sama kedai kek makcik saya.. tunggu ya.. π
Nida Wahab says
Terimakasih untuk resepi ini…
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. π
tehr says
aku tak pernah pandai bab resepi ni
aku tahu makan je
haha
Hairul Hissam says
Same je ayatnya.. ha.ha.ha π
dila says
kalo tengok rupa..x cantik… tapi ada kacang..mcm sedap pulak.. ada masa nak buat ler..
Hairul Hissam says
Kacang dan marjerin yg buatkan ia sedap tu.. π
amy says
Salam bro,
kat utara kuih ini di panggil biskut “Y” memang best dan mudah di sediakan
Hairul Hissam says
Saya pun biasa panggil kuih Y.. Ohh.. dah ada kat utara rupanya….. π
suri says
bila nak bt kuih raya ni hee asyik keje lain jer..
sedang memikirkan resepi apa yg nk buat heee
Hairul Hissam says
time puasa nie.. ramai yg agak sibuk…
slow2 cik suri π
Zida says
Harus bookmark dan try buat untuk raya nanti π
Hairul Hissam says
Rugi kalo tak try buat cik zidai oiiii π
Ridhwan says
Encik Hairul,
nak tny sket la,cre bakar ada kesan berbeza x??
contohnya klu loyang/dulang pembakar diletak pd aras plg bwh dengan yang di tengah dlm oven ad beza x???
jenis loyang ad effect tak pd hasil???
boleh x msuk 2 loyang skali??ad step x???
Hairul Hissam says
kalo nak bakar dengan baik, guna industrial gas oven spt dalam video preview http://www.rahsiabun.com. Oven ini satu tingkat je. So yg terbaik pakai satu tingkat je. Elok ditengah2 utk oven biasa…
emy says
bakar bersama acuan ke? sy pernah buat kuih ni tapi lain resepinya kne bakar bersama acuan “y” tu..jadi perlukan acuan yang banyak…untuk resepi ni kte keluarkan dari acuan sebelum bakar ke?
Hairul Hissam says
Mmg la kena bakar dengan acuan…cuba baca penerangannya betul2. π
Maddie says
Kuih ni d terap atau d masukkan dlm acuan? Mna nak dpt acuan ni?
Hairul Hissam says
Masuk dalam acuan dan tekan… saya pun tak pasti mana nak dapat.. dah lama mak saya beli .. guna acuan lain pun boleh… π
Kak Nor Shakila says
Salam. Kak dah cari merata acuan tu tapi tak jumpa… Boleh ke kalau minta tolong Hairul belikan?
Kak Nor Shakila says
ops, tak baca komen Hairul kat atas tu.. mak Hairul pun beli lama dah… π
Hairul Hissam says
Ya betul tu kak nor… π
Hairul Hissam says
Saya pun tak pernah nampak acuannya disini.. π
Kak Nor Shakila says
acuan sampan aluminium ada la…tapi kak dah try buat, jadi tebal & susah nak control
Hairul Hissam says
Mungkin masa isi dalam acuan tu, jangan penuh sangat…. π
nurul says
bang,
acuan biskut dahan patah ni..susah nk jumpe..mane nak cari ek…
Hairul Hissam says
saya pun tak pasti π
Jeeyai Baie says
nak cuba gak le raya ni…kena carik acuan nye dulu le pasni.. ^_^
Hairul Hissam says
Selamat mencuba.. π
DAYANG says
Terima kasih en Hairul kerana sudi kongsi resepi ni dgn kami… Saya pun tidak pernah nampak dan rasa biskut ni.. Insyahallah saya akan cuba utk membuatnya…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba puan dayang.. tentu anak2 sukakannya π
azuwa says
Tq hairul untuk resepi kuih nih
Hairul Hissam says
selamat mencuba..
murniey says
Mohon halalkn resepi ini,
Hairul Hissam says
selamat mencuba….
En. Sunny says
Kalau buat pakai acuan lain dah tak bentuk macam dahan lah pulak..Kalau bagi color sikit bolehkah?
Hairul Hissam says
Mmg benar tu.. kalau bentuk lain.. namanya kena ubat tu.. heee
boleh juga guna warna coklat utk warna dahan…