Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi nasi goreng pattaya ini kiriman Cik Aina Eira. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Pattaya:
1 mangkuk nasi (2 pot)
1 labu bawang besar – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang halus
1 genggam sayur campur
1 ketul dada ayam – hiris nipis
3 biji cili padi/3 sudu cili kering
1 kiub pati ayam
Sedikit minyak
Sedikit garam
4 biji telur
Cara Membuat Resepi Nasi Goreng Pattaya:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili sehingga naik bau.
2. Masukkan dada ayam yang dihiris nipis, kiub pati ayam, garam dan sayur campur.
3. Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi. Setelah siap menggoreng nasi, ketepikan.
4. Pukul telur, campur secubit garam dan buat seperti telur dadar. Perlahankan api.
5. Gunakan non-stick pan besar lebih mudah. Dadarkan telur senipis mungkin. Setelah telur agak masak, letakkan nasi goreng tadi di tengah-tengah dan bungkuskan.
6. Telangkupkan atas pinggan, maka siap! Bolehlah letakkan sos. Sedap dimakan bersama-sama sup tulang juga. 😀
Selamat mencuba! 🙂
Hairul.com: Terima kasih kepada kerana sudi berkongsi resipi
just anyone says
sngt memuaskan..i’m glad to find your blog..thanks..xoxo
Hairul Hissam says
selamat mencuba.. 😀