Resepi ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Tentu seronok makan biskut almonds bienna ini sambil menonton tv. Jom kita belajar cara membuatnya:
.
Resepi Biskut Almonds Bienna
Bahan-Bahannya
100gm telur putih
150gm gula kaster
6 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu teh emplex
100gm butter cair
Secubit vanilin
1cawan badam slice – dibakar 7min
1cawan kuaci hijau – dibakar 7min
Cara Membuat Resepi Biskut Almonds Bienna
1. Pukul telur, gula dan vanilin hingga berkilat Masuk tepung dan emplexs – kaup balik Masuk butter – kaup balik.
2. Tuang atas loyang dan ratakan biar nipis (2 loyang 13×13) Tabur badam dan kuaci. Masuk oven 170darjah selama 15 min.
3. Lepas masak, keluarkan dari oven dan terus potong masa panas2. Boleh guna roller pemotong pizza.
Boleh dijadikan resepi kuih raya. Jika nak resepi kuih raya step by step, sila ke resepi kuih raya dan biskut raya klik disini .
Hairul.Com: Terima kasih kak raja kerana sudi mengirimkan resepi biskut almonds bienna ini. Selamat mencuba semua..
nurmisnan says
hoho.. kak nora suka betul biskut ada kekacang..
lagi2 badam N macadamia.. superb..
Thanks for sharing here brother.. esok nak cuba buat..
Hairul Hissam says
dah buat nanti, jgn lupa poskan ke rumah saya ya..3 balang jadik laa .. heeee
riza says
‘Emplex’ tu apa ya…kak Riza tak tau…
Hairul Hissam says
ia serbuk putih utk melembutkan biskut… ada di jual di kedai bakery dipack dalam botol kecil.
riza says
OK, tq. First time dengar emplex…
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. 😀
UmmiKami says
Assalamulaikum dna salam bijian kekacang buat Hairul menantu pilihan..hehe
Memang feveret kak Ummi ni kuih yang ada kekacang…kalau dapat mesti nak makan time mengarang pantun… tenkiu for the resepi… 😀
Hairul Hissam says
wsalam bijian timah dan emas buat hantaran kak ummi. heee
time mengarang pantun sambil… kraap.. kruppp.. baru datang idea berpantun… 😀
TehR says
petang2 macam ni layan biskut dengan teh panas
memang best
Hairul Hissam says
mmg syok bro tehr… 😀
puteri kasih says
biskut almond memang sedap..nanti kalau ada masa lapang, boleh la puteri cuba buat rezepi ni 🙂
Hairul Hissam says
Kalau beli sekejap jee habis… elok buat sendiri… lagi puas makan.. 😀
puteri kasih says
tulah kalau beli..rasa tak cukup je selalu..hehe
Hairul Hissam says
sekejap jee habis kan ..heee
Lieya Kkwb says
Vanilin tu apa??
Hairul Hissam says
Oh itu servbuk vanila 😀