Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi pulut inti ini kiriman dari Kak Raja. Resepinya nampak sedap dan menyelerakan. Jom kita pelajarinya dibawah:
Untuk Pulut Resepi Pulut Inti:
1 cawan beras pulut
1 bj santan pekat
garam
Untuk Inti Resepi Pulut Inti:
– 1bj Kelapa parut
– 1 buku gula melaka
– 4 sb gula
– 1 cwn air
– 2 helai daun pandan
– 1sb tepung beras atau tepung gandum
Cara Masak Pulut Resepi Pulut Inti::
1. Beras pulut rendam semalaman
2. Toskan dan kukus
3. Bila dah separuh masak, angkat dan tuang santan (letak garam kat santan ya) n kacau perlahan
4. Biar terendam 30m sampai pulut kembang lg
5. Kukus semula sekejab 10 min cukup
6. Angkat, sejukkan
Cara Buat Inti Resepi Pulut Inti:
1. Panaskan kuali n masukkan gula
2. Masukkan air n biar mendidih
3. Masukkan daun pandan, biar atas api sampai likat dan berkilat
4. Masukkan kelapa parut
5. Bila dah sebati gula n kelaoa, masukkan tepung
6. Biar sampai kelapa tidak berderai
Cara Penyediaan Resepi Pulut Inti:
1. Ambik daun pisang yang dah dilayorkan
2. Pulut tekan2 dlm gelas atau mangkok kecik
3. Letak pulut tengah2 daun
4. Ambik sesudu inti kelapa dan letak atas pulut
5. Lipat daun pisang cam bungkus nasi lemak dan Siap!
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi pulut inti