Resepi ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Memang mudah membuat agar-agar ini. Waktu petang atau tengahari panas, memang sesuai menikmati agar-agar yang disimpan dalam peti sejuk. Jom kita pelajari cara membuatnya.
.
Resepi Agar-Agar Sirap Mudah
Bahan-Bahannya:
20gm agar2 kering (yang bertali2 tu)
200-220gm gula
1 helai daun pandan
Sedikit sirap ros n pewarna
Cara Membuat Agar-Agar Sirap Special
1. Masak agar2 dengan air (ikut sukatan pada bungkusan agar2) hingga agar2 larut dan sebati
2. Masukkan sirap, pewarna dan daun pandan
3. Tutup api dan tapis masuk bekas
4. Sejukkan dalam peti ais
Hairul.Com: Terima kasih Kak Raja kerana sudi berkongsi resepi agar-agar sirap yang mudah ini.
UmmiKami. says
Salam semanis madu buat Hairul, apakhabar 🙂 inilah resepi regular kak ummi tatkala berbuka puasa bersama famili kat kampung…..:)
Hairul Hissam says
wsalam.. busy sikit la kak ummi settle kan pakej putu yg tak siap2 lagi…emak saya pun rajin buat….:D
puteri kasih says
selalunya bila tak rajin memang puteri buat agar-agar simple camni..sedap juga 🙂
Hairul Hissam says
Kena pula cuaca panas.. mmg sedap menikmatinya…. 😀
puteri kasih says
betul tu..kalau letak buah-buahan didalamnya pun best gak..hehe
Hairul Hissam says
bagus idea puteri letak buahan2 dan koktail.. tentu lebih lazat.. 😀
puteri kasih says
rasa nak buat sekarang…tapi agar-agar lak takde..hehe
Hairul Hissam says
Esok boleh lah beli agar2. 😀
chii says
sbgai tmbahan..boleh juga diletakkan nata de coco..x pun buah laici..mesti lagi cpat habis kan
Hairul Hissam says
Idea yg bagus tu cik chii.. perghhh tentu sedap dgn nata de coco dan buah laici.. 😀
chii says
chii confirm..mesti laju je org mkn berbnding agar2 kosong 🙂
Hairul Hissam says
siap nak tambah lagi.. 😀
Juan says
Salam hairul, ni soalan terkeluar skit, hairul xda affiliate ker utk saya join
Hairul Hissam says
wsalam, saya dah email ke email bro…. kalau tak terima, email saya di kincin85@hotmail.com
cik tom says
ciktom mmg suka agar2 simple camni..cuma ciktom suka tgk colourful..so biasanya buat warna warni..hehee
Hairul Hissam says
kalau warna warni tentu lebih seronok nak makan kan.. 😀