Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Nasi Goreng Mekar ini kiriman Puan Mekar. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Mekar
(untuk makan 2 orang)
2 cawan nasi putih – lebihan nasi semalam
2 ketul ayam – dipotong kecil
2 ulas bawang merah – dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
2 sudu cili kering – telah dikisar halus
1 genggam – mix vegetable
1 kiub perencah ayam maggie – dah sedia masin
minyak untuk menumis
Cara-Cara Membuat Resepi Nasi Goreng Mekar:-
1. Goreng ayam sehingga sederhana masak, angkat dan letak ke tepi seketika
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang merah dan bawang putih. Bila dah naik bau, masukkan cili yang dah dikisar.
3. Bila cili dah garing, masukkan perencah ayam Maggie. kacau seketika. Kalau kering tuangkan sedikit air.
4. Masukkan nasi putih – gaul rata
5. Kemudian masukkan ayam yang digoreng sederhana tadi dan gaul.
6. Akhir sekali masukkan mix vege. Rasa nasi tu. Kalau masih tawar tabur sedikit garam.
7. Bila semua bahan nasi goreng dah mesra dan sebati boleh tutup api. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada kerana sudi berkongsi resipi
Leave a Reply