Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi Onde-onde ini kiriman Puan Rikis. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi :
1 cawan tepung pulut
1 cawan air @ secukupnya (guna ikut keperluan sahaja)
2 helai daun pandan
gula melaka secukupnya
1/2 biji kelapa parut + sedikit garam
beberapa titik pewarna makanan hijau
Cara Membuat Resepi :
1) Carik daun pandan,masukkan ke dlm blender bersama air dan pewarna hijau.kisar sehingga daun pandan halus.
2) Setelah itu,tapis campuran daun pandan yang sudah diblender tadi.
3) Bancuh tepung pulut menggunakan air pandan sedikit – sedikit.uli sehingga menjadi doh.
4) Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan.tekan sedikit di bahagian tengahnya dengan menggunakan jari telunjuk.
5) Letak gula melaka,tutup dan bulat-bulatkan supaya gula melaka sudah tertutup rapi.
6) Masak di dalam air yang telah dididihkan terlebih dahulu.
7) Jika terapung,maksudnya bolehlah diangkat dan toskan.
8) Gaulkan dengan kelapa parut.
Terima kasih kepada Puan Rikis kerana sudi mengirimkan resepi onde-onde gula melaka ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.
noora says
1 cawan tepung pulut, berapa gram. ? Dan gula melaka tu kita nk kena potong kecil2 yr baru letak kn di tengah kuih nya? Maaf saya ingin belajar buat kuih..:)
Hairul Hissam says
Biasanya satu cawan dlm 200gm… Gula melaka tu boleh juga parut spt dalam video preview http://www.rahsiaputu.com
semoga berjaya buat… 😀