Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi cendawan crispy ini merupakan kiriman Cik Azriey Amrie. Wah. memang ranggup cendawan gorengnya. Jom kita pelajari:
Bahan-Bahan Resepi Cendawan Goreng:
150 gram cendawan tiram kelabu
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
garam secukup rasa
serbuk lada hitam
serbuk kari
Cara Membuat Resepi Cendawan Goreng:
1. Pukul telur dan sedikit garam. Celup cendawan ke dalam telur.
2. Campurkan tepung gandum, baking powder, serbuk kari dan serbuk lada hitam. Kemudian celupkan cendawan tadi ke dalam bancuhan tepung.
3. Goreng cendawan tersebut sehingga keperangan.
4. Angkat dan toskan di atas kitchen paper. Cendawan dah siap..
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Kerana sudi berkongsi resepi cendawan goreng
faizul badri says
Salam….
Kalau nak sedapkan cendawan tu, kita kena guna tepung magik.
Rasanya garing dan sedap. Cubalah,,,, pasti nak lagi.
http://www.muslimchoices.com/?p=tepung_magik
Hairul Hissam says
Kalau nak mudah elok juga guna tepung magic tu. heee 😀