Resepi ini kiriman oleh Puan Mekar. Resepi nasi ayam ini nampak sedap dan menyelerakan. Jom kita belajar cara membuat nya.
BAHAN-BAHAN RESEPI NASI AYAM(utk 2 orang makan)
A. Bahan Rebusan Ayam
4-5 ketul Ayam
4 cawan Air
secubit garam
B. Bahan Nasi Untuk Resepi Nasi Ayam
2 pot Beras yang dibasuh dulu.
2 sudu besar Mentega atau Planta
2 ulas Bawang Merah – dihiris
1 ulas Bawang Putih – dihiris
1/2 inci Halia – dihiris
2 cawan Air Rebusan Ayam
2 sudu besar Stok Pekat Ayam jenama maggi
1 helai Daun Pandan
sedikit Garam.
C. Bahan Perap Ayam
4-5 ketul ayam yang direbus tadi – keluarkan ayam daripada air rebusan
1 inci Halia
3 ulas Bawang Putih
3 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Manis
secubit Garam
D. Bahan Sambal & Sos Resepi Nasi Ayam
3 biji Cili Merah
2 biji Tomato
Garam dan Gula
E. Bahan Sup
lebihan air rebusan ayam
2 ulas Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih
1/2 Kiub Ayam (saya guna jenama maggi)
Sedikit Lobak Merah , Baby Corn dan Daun Sup
secubit Garam
F. Bahan Salad
Sedikit Daun Salad
Hirisan Buah Tomato dan Timun
Cara-Cara membuat Resepi Nasi Ayam Mentega:
A. Rebus ayam selama 15 minit. Air rebusan jangan dibuang
B. Gunakan Rice cooker. Masukkan mentega kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga beraroma. Masukkan air rebusan ayam bersama stok pekat ayam.Kemudian masukkan beras. Perasakan dengan sedikit garam. Gaulkan beras seketika. Jangan lupa letakkan daun pandan supaya nasi berbau harum. Tutup periuk sehingga semuanya sebati dan masak. Resepi nasi ayam untuk bahagian nasi telah siap.
C. Tumbuk lumat halia dan bawang putih. Gaulkan ke atas ayam yang direbus tadi. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Ratakan dan tabur sedikit garam. Perap ayam ni selama 1 jam. Kemudian goreng ke dalam minyak yang panas.
D. Potong sederhana cili merah dan tomato. kemudian kisar sehingga hancur. Letakkan dalam mangkuk dan perisakan dengan sedikit garam dan gula. Resepi nasi ayam menggunakan cili merah mentah yang tidak perlu dimasak.
E. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga terbit aroma. Masukkan lebihan air rebusan. Kemudian masukkan kiub ayam. kacau seketika dan masukkan sayur lobak dan baby corn. Agak2 sayur lembut. perisakan dengan garam dan akhir sekali tabur daun sup.
F. Hiasi nasi ayam dengan daun salad, tomato dan timun. Sedia untuk dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Mekar kerana sudi berkongsi resepi nasi ayam mentega
Leave a Reply