.
Resepi asam pedas ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Bila tengok masakan ini, teringat pula saya pada masakan emak di JB. Emak saya memang rajin masak asam pedas daun kesum. Memang masakan kegemaran orang-orang johor nie. Jom kita belajar cara membuatnya.
.
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Daun Kesum
Bahan-Bahannya:
ikan pari
1 cekak daun kesum
air asam jawa pekat
Bahan dikisar :
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit
2 sudu besar lada hitam
30 tangkai cili kering
1 sudu besar belacan bakar
(semua kisar)
Bahan diTumis :
1 batang serai titik2 dahulu
1 biji bawang merah hiris
2 ulas bawang putih hiris
Cara Membuat Resepi Asam Pedas Ikan Pari Daun Kesum :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau
2. Masukkan bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api perlahan
3. Masukkan air asam jawa dan renehkan sehingga mendidih
4. Masukkan ikan pari dan daun kesum
5. Masak hingga ikan empuk dan kuah pekat dan warna kuah tu nampak pekat berkilat dan mengiurkan. Maka siap asam pedas ikan pari anda.
Hairul.Com: Terima kasih Kak Raja kerana sudi berkongsi resepi asam pedas ikan pari daun kesum ini. Selamat mencuba semua.
akubiomed says
Kalau cicah dengan roti canai atau capati memang layan.
Hairul Hissam says
Mmg sedap cicah dgn capati. Masa kecik pun arwah ayah selalu buat.. roti canai cicah asam pedas… marvelous …
puteri kasih says
terliur tengok…hehe
antara lauk favourite puteri..terutamanya bila kuahnya pekat ^_^
Hairul Hissam says
samalah saya.. lagi2 kalau cicah dgn roti canai spt kata bro akubiomed..
TehR says
aku tak nak cakap apa2 lagi
memang sedap ni
lepas makan baru boleh borak panjang2
haha
Hairul Hissam says
Malam nie, boleh suruh isteri masak asam pedas bro tehr..
ohcikgu says
fuhh, nampak menyelarakan sekali.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba resepi special ini bro… 😀
Faezah says
Tgah mencuba…untuk berbuka puasa hari ini…harap menjadi la…selamat berpuasa semua…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba reseipi ini dan selamat berpuasa.. semoga berjaya buat asam pedas ikan pari nie..