Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi telur pindang ini adalah kiriman Kak Raja. Telur pindang memang popular dan diberikan semasa kenduri kahwin masyarakat melayu. Jom kita mempelajarinya:
Telur ni banyak khasiat sbb menggunakan daun2 herba n tiada pengawet. Proses membuatnya mudah tapi memakan ms yg lm. Sbb prosesnya lama, telur pindang ni blh tahan 2 minggu. Telur pindang ni kebiasaannya dihidang dlm majlis2 besar di Johor.
Bahan-Bahan Resepi Telur Pindang:
1. 30 bj Telur ayam
2. Daun2 n kulit bawang
3. Rempah : Jintan putih, jintan manis, ketumbar
4. 1bungkus Asam jawa
5. 1botol Kicap manis
6. 1 senduk Garam
Cara-Cara Membuat Resepi Telur Pindang:
1. Susun separuh daun2 dlm periuk
2. Letak telur
3. Tutup blk dgn daun2 tadi
4. Bubuh garam, kicap, rempah, asam jawa
5. Tuang air n rebus gn api perlahan
6. Rebus sehari semalam tapi pastikan tambah air (jgn sampai kering periuk tu). Kalau dikampung, orang guna kayu api
Senang kan. Sekarang jom tengok daun2 yg diperlukan :
Daun senduduk
Daun mengkudu
Daun bebuas
Daun limau purut
Daun salam
Daun kunyit
Daun pandan
Daun jambu batu
Daun manggis
Daun lengkuas
Daun serai wangi
Daun sekentut
Kulit bawang
Tu dia. Senarai daun-daun yang diperlukan dalam pembuatan telur pinang
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi telur pinang.
azrie amriey says
salam… sy biasa dgr, telur pindang… 🙂
Hairul Hissam says
tqvm cik ariey.. ye la.. tlur pindang… 😀
azrie amriey says
no problem… tau mkn je… harini dpt ilmu masaknya… 🙂
Hairul Hissam says
saya pun sama.. tapi nak buatnya guna byk bahan juga ya… 😀
azrie amriey says
byk dan rumit… pertama kali sy dpt kt rumah kenduri kawin, sy buang… sbb ingatkan telur busuk… hehehehe
Hairul Hissam says
tapi hasilnya memang berbaloi… saya pulak first time dapat terus ngap..he.he.he
Amirrul izham says
izinkan saya mencuba resepi ini.. Mudah-mudahan saya mampu buat telur pindang cooker untuk final year projek saya dan dapat berniaga telur pindang tidak lama lagi.. Terima kasih..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba en amirul. semoga berjaya dalam bisnes telur pindang nanti.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan 😀