Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi Pulut Durian Gula Melaka kiriman Puan Ummi dari Dapur Sempoi Ummi. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Pulut Durian Gula Melaka:
1 biji durian (Dibelah dan diambil isinya)
Daun Pandan (untuk pulut dan juga kuah pengat)
Santan kotak 3 x 200ml
2 ketul Gula Melaka
3 cawan air atau secukupnya
Secubit garam
1/2 kg Beras Pulut (Dibersihkan & Direndam semalaman terebih dahulu)
Cara Membuat Resepi Pulut Durian Gula Melaka:
1. Tanak Beras pulut bersama 1 kotak santan dan sedikit air atau secukupnya sehingga betul2 paras beras pulut sahaja.
2. Tanak dalam rice cooker seperti biasa. masukkan daun pandan sehelai dan garam secubit.
3. Tengah kering tu, kacau ratakan pulut biar masak rata. biarkan betul2 kering dan masak.
4. Di dalam periuk lain, panaskan air bersama gula melaka. Biar gula tersebut hancur.
5. Masukkan daun pandan untuk bau wangi.
6. Dah Menggelegak, masukkan 2x kotak santan 200ml tadi. perasakan secubit garam.
7. Kecilkan api sederhana. kacau perlahan supaya santan tak pecah.
8. Kemudian boleh masukkan ulas2 durian yg telah diasingkan tadi.
9. Kecilkan api dan biar mendidih. Biar lama sedikit agar kuahnya pekat.
10. Siap. Tutup api. Sedia dihidangkan bersama pulut tadi.
Terima kasih kepada Puan Ummi kerana sudi mengirimkan Resepi Pulut Durian Gula Melaka ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada Puan Ummi.
akubiomed says
Memang layan tetapi lepas makan perlu minum air suam. 🙂
Hairul Hissam says
Ooo ada petua rupanya makan pulut durian nie. tima kasih en akubiomed… 😀