Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Gulai Ayam Santan Pekat ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Gulai Ayam Santan Pekat:
=1.2 kg ayam
=60gm serbuk kari daging (bancuh dgn sedikit air)
=rempah 4 sekawan (secukup kegunaan)
=4 biji cili merah (tumbuk lumat) – optional
=200gm bawang merah (tumbuk lumat)
=4 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
=4 biji ubi kentang(saiz kecil) – potong 4
=400ml air
=200ml air
=knorr pasti sedap/maggi cukup rasa/pati ayam tumix (secukup rasa) – terpulang nak guna yg mana.
=garam (jika perlu)
Cara Membuatnya Resepi Gulai Ayam Santan Pekat:
1) tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.
2) masukkan cili merah,bawang putih, dan bawang merah.tumis lebih kurang 2minit dan tambahkan pes kari.masak seketika.
3) masukkan daging ayam dan ubi kentang.gaul rata.tambahkan air dan knorr pasti sedap/maggi cukup rasa/pati ayam tumix.didihkan.
4) setelah mendidih,perlahankan api dan biar merenih selama lbh kurang 25minit.
5) masukkan santan setelah daging dan kentang empuk.sesuaikan rasanya.didihkan seketika dan padamkan api.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi gulai santan pekat
.
Leave a Reply