Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kari Telur Kukus ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Kari Telur Kukus
6 biji telur
1 biji bawang merah (cincang halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
3 cm halia (tumbuk halus)
2 biji tomato
4 sudu besar rempah kari ayam
2 tangkai daun kari
2 biji kentang – rebus dan potong 4
1/2 cawan santan pekat
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Cara Membuat Resepi Kari Telur Kukus:
1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan garam dan lada hitam pukul hingga rata.
2. Masukkan 2/3 titik minyak dalam mangkuk dan masukkan telur dan kukuskan selama 10 min. sejukkan dan potong kecil.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang dan daun kari.
4. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
5. Kemudian masukkan rempah kari ayam kacau rata dan tambah sedikit air. Biar sampai pecah minyak.
6. Setelah mendidih masukkan telur, tomato, kentang dan garam.
7. Tuangkan santan kacau rata dan biarkan mendidih dan pekat.
8. Apabila mundidih berapa kali tutup api. Kari enak dihidangkan panas.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi Resepi Kari Telur Kukus
Leave a Reply