Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi Lontong Johor ini merupakan kiriman Kak Raja. Orang johor memang suka makan lontong seperti ini. Jom kita mempelajarinya:
Ade 4 bahagian dalam Resepi Lontong Johor ini
1. Nasi impit
2. Kuah lodeh
3. Sambal kacang
4. Serunding
Bahan dan Cara Membuat Resepi Nasi impit
1. 1 kotak ready made beras nasi impit . Masuk paket dalam air dan masak. Bila dah kembung plastik tu, biar sejuk sblm potong dengan pisau plastik. Mudah menyediakan resepi nasi impit
Resepi Sayur lodeh (masak lemak)
Bahan-bahan sayur lodeh
2biji bawang besar,
2ulas bwg putih
Kunyit sikit (tuk warna jek)
2 paket udang kering (rendam dan kisar dengan bawang besar, bwang putih dan kunyit)
2 btg serai yang diketuk
300gm udang basah kecil
2biji lada merah
Minyak tuk menumis, garam
Sedikit fucuk n soon (rendam)
Sayur (lobak, kcg pjg, kobis potong2)
tempe, tahu, kentang (goreng n potong2)
santan (2bj kelapa)
Cara-Cara Membuat Resepi Sayur Lodeh> ;
1. Panas minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau,
2. Masuk santan, garam dan gula.
3. Bila mengelegak, masuk udang, lada merah, sayur, tempe, tahu). Kacau selalu dan tutup api sebelum kuah pecah minyak
Resepi Sambal kacang (sambal tumis pun blh)
Bahan-Bahan Resepi Sambal Kacang :
1. Segengam kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
2. Minyak Masak
3. Cili kering dan bawang putih (kisar)
4. Garam gula
5. Lengkuas dan serai (ketuk2)
6. 2 biji buah keras (tumbuk)
7. Santan 1/2 bj cukup
Cara-Cara Membuat Resepi Sambal Kacang:
1. panas minyak, masuk cili dan bawang putih yang dikisar. Bila terbit minyak, masuk garam, gula, lengkuas, buah keras, kacang tanah yang ditumbuk kasan dan santan.
Resepi Serunding kelapa (Optional)
Bahan-Bahan Serunding Kelapa :
Bahan ditumbuk: Serai, sikit cili kering, 2 bawang putih dan 1 bawngg besar, lengkuas, halia, belacan
1/2 biji kelapa parut
Garam, gula, perisa
1sudu besar perahan asam jawa
Minyak sikit
Cara-cara membaut serunding kelapa :
1. Panas minyak dan tumis bahan tumbuk tadi
2. Masuk air asam, garam dan gula
3. Masuk kelapa parut. Goreng sampai kering (kelapa berderai)
Cara hidang Resepi Lontong Johor:
Potong nasi impit kecik2. Tuang kuah, letak sesudu sambal, sesudu serunding dan telur rebus sebiji.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi apam polkadot
ibnu muhamady says
Insya Allah dicoba ini resep, di Indonesia, lontong opor, lontong sayur atau lontong gulai jadi menu buat sarapan pagi ( breakfast )….
Hairul Hissam says
Sudilah kongsi resepi Puan dari Indonesia.. mesti ramai mau mencubanya…..
boleh gunakan nama indonesia.. nanti saya carikan nama malaysianya… 😀
ibnu muhamady says
Insya Allah mr. Hairul, saya lagi cari- cari resep juga..Pasti akan saya kirim resep yang lezat… terimakasih sangat mr. Hairul…
Hairul Hissam says
Tima kasih kerna sudi kirim nanti… 😀