Musim covid-19 dan banjir nie, memang selamat bayar zakat secara online. Tak perlu bersesak2 ke pejabat majlis agama islam lagi.
Cara bayar online nie sangat mudah dan cepat untuk zakat perniagaan, zakat pendapatan dan zakat simpanan.
Tapi sebelum tu jom tengok akak ni jual roti ketika cuti minggu. Mesej ni yg baru saya terima.
Terbaik laa akak ni berniaga di cuti minggu. Duit masyukkk beb. Ini juga persediaan jika kehilangan pekerjaan nanti.. Yelah… Di musim covid dan banjir ni bila-bila masa boleh dibuang kerja.
Jom tengok lebih banyak testimonial bisnes roti di www.rahsialoaf.com dan www.rahsiabun.com
Cara Bayar Zakat Perniagaan, Pendapatan, Simpanan Online
Kalau tak sempat ke pejabat membayar zakat, boleh terus bayar zakat secara online di laman web mereka.
Cara ini lebih mudah dan selamat di musim covid19 dan banjir sekarang nie. Jom kita belajar cara bayar zakat online.
Langkah 1: Search dulu di google untuk mencari laman web majlis agama islam di negeri anda untuk pembayaran zakat. Nama laman webnya biasa ada .gov.my di belakang.
Mmg mudah bayar zakat pendapatan, zakat simpanan dan zakat perniagaan secara online di laman web majlis agama islam di negeri anda.
Langkah 2: Inilah laman web pembayaran zakat di Johor. Anda juga boleh terus klik lini ini: www.epayment.maij.gov.my
Kalau belum pernah daftar, kena daftar dulu dengan klik link daftar. Link daftar ada di bawah button masuk tu. Kemudian isi borang pendaftarannya.
Lepas daftar, baru boleh log in dengan masukkan no kad pengenalan dan password. (Password yang anda isi semasa isi borang pendaftaran)
Langkah 3: Selepas log in, cari link/button zakat harta. Kemudian klik button/link zakat harta.
Button zakat harta memang untuk bayaran zakat perniagaan, zakat simpanan dan zakat pendapatan
Langkah 4: Kemudian pilih jenis zakat dan jumlah bayaran zakat. Dan tekan button next.
Cara pengiraan zakat ada di button sebelah hujung kanan.
Untuk makan gaji boleh pilih zakat pendapatan. Manakala untuk yang berniaga boleh pilih zakat perniagaan. Zakat simpanan untuk zakat wang simpanan anda.
Langkah 5: Pilih bank pembayaran dan tekan button hantar.
Langkah 6: Cara pembayaran online nie, sama sahaja seperti anda membuat apa2 pembayaran online yg lain.
Siap. Mudah kan bayar secara online untuk zakat perniagaan, zakat simpanan dan zakat pendapatan ni.
Langkah 7: Selepas siap pembayaran, anda akan di bawa ke laman web di atas. Di sini anda boleh cetak dan simpan resit bayaran zakat anda.
Kelebihan bayar zakat simpanan, zakat pendapatan, zakat perniagaan secara online:
Saya suka bayar zakat online nie sebab ada history atau rekod pembayaran. So kalau nak print semula zakat tahun2 sebelumnya lebih mudah.
Sebab pernah juga LHDN minta resit pembayaran zakat yang lepas.
Selain dari tu, tak perlu beratur atau menunggu di kaunter pejabat pembayaran zakat. Jimat minyak dan masa kak oiiii.
Psst: Jom ingatkan kawan-kawan kita bayar zakat untuk tahun nie denganklik button share di bawah. thanks.
Leave a Reply