Petua nie dari seorang sahabat saya. Katanya, saudaranya berumur lebih 100 tahun dan masih sihat bertenaga. Saya pun apa lagi, koreklah rahsianya. Memang mudah sangatlah petua hidup sihat lama panjang umur lebih 100 tahun nie. Tapi sebelum tu, jom baca dulu testimonial dari pembeli pakej www.rahsiabun.com ini. Memang seronok bila lihat pembeli pakej dah menjalankan bisnes pau seperti di bawah:

Memang bagus plan buat bisnes pau skala besar tu. Caranya pun tidaklah susah. Anda hanya perlu dapatkan nasihat dari kedai peralatan mesin makanan tentang mesin-mesin terbaru yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran produk makanan anda. Selain itu, dapatkan juga nasihat dan bantuan kewangan dari jabatan kerajaan seperti MARA, Tekun, PUNB, MEDEC dan sebagainya. Mereka memang ada peruntukan untuk usahawan. Kalau anda telah mula berniaga kecilan, lagi mudah untuk dapat bantuan dari mereka. (Call jee operator 103 dan minta mereka no telefon jabatan kerajaan berkaitan)
Petua Hidup Sihat Lama Panjang Umur Lebih 100 Tahun
Orite, kita kembali ke petua hidup sihat lama panjang umur lebih 100 tahun. Petuanya memang mudah tapi ramai yang tidak sedari. Mungkin sebab tak saboo nak makan kot. heee. Petuanya ialah elakkan makan makanan panas-panas dan minuman terlalu sejuk. Makan panas-panas inilah punca kerosakan organ dalam badan anda secara perlahan-lahan. Seelok-eloknya selepas siap masak, biarkan di atas meja lebih 1 jam untuk ia sejuk dengan sendirinya..
Elok uji sendiri. Cuba anda pegang dan tekan makanan panas tu dengan jari anda. Pegang dan tekan makanan tu lama-lama. Sudah pasti, jari anda akan kesakitan akibat panas. So adakah anda fikir perut anda mampu menahan kepanasan tersebut?. Inilah yang menyebabkan kerosakan pada organ badan anda secara perlahan-lahan tanpa disedari. Haba panas yang masuk dalam badan turut merosakkan organ-organ lain dalam tubuh. Seterusnya menjejaskan fungsi organ tubuh dalam melawan penyakit.
So bila lepas masak, janganlah terus terkam. Rilek dulu brother. Bagi ia sejuk dengan sendirinya. Seelok-eloknya lebih 1 jam. Sabar tu kan sebahagian dari iman. Manakala untuk air terlalu sejuk pun sama. Jika dipegang lama-lama pun memberi kesakitan. Tambahan lagi perut memerlukan haba untuk menghadamkan makanan. So kalau masuk air sejuk dalam perut, tentulah perut terpaksa bekerja lebih keras meningkatkan suhu penghadaman.
Sangat elok mendidik anak anda dari kecil untuk elakkan makanan panas-panas. Ini menjadikan pembesaran mereka lebih baik. Semoga artikel ini memberi peringatan buat kita bersama. Saya pun jenis suka makan panas-panas sebelum nie. So artikel petua hidup sihat lama panjang umur ini juga untuk mengingatkan saya sendiri untuk sabar menikmati makanan yang dimasak. Begitu juga anda dan keluarga anda.
akubiomed says
Wah ada yang ingin buat secara komersial. Perlukan modal juga tuh.
Hairul Hissam says
Kalau nak untung lebih besar, kenalah modal lebih besar.. tapi mungkin boleh dapatkan bantuan kewangan dari jabatan kerajaan spt tekun dan sebagainya 😀
Hazmin Hamudin says
Alamak. Saya suka hirup sup panas2. sedap.
Hairul Hissam says
Sedap di mulut, sakit di perut..
mungkin pada usia muda, perut kita masih dapat menyembuhkannya kesakitan tu dgn cepat.. tapi bila dah berumur mmg teruk laa 😀
ema says
oh macam tu ke… kami ni kalau makan nasi sedap masa hangat lagi…baru makan berselera,
Hairul Hissam says
Kena ubah tu kak ema kalau nak hidup sihat lebih lama.. Petua dari saudara kawan saya yg berumur lebih 100 tahun tu.. 😀
ahmadyani says
Sepengetahuan saya memang ada hadis yang Rasulullah SAW melarang umatnya makan makanan yang terlalu panas dan makan makanan yang terlalu sejuk. Tidak tahulah hadis sahih atau daif. Tapi itulah hikmahnya
Hairul Hissam says
Saya banyak juga terbaca hadis2 yg melarang makan panas2 atau masih berwap nie. Kalau kita ikut contoh dan tauladan dari nabi s.a.w. tentu kehidupan kita lebih baik 😀
umi says
Hihi sebab nak cepat sokmo.Bila dah siap masak terus nak cepat-cepat makan. Takut baby menangis katanya..hohoho
Hairul Hissam says
So kena jaga baby sampai tidur dulu, baru makan. confirm sejuk dulu makanan tu dan lebih selamat heee
Hafizul says
Ohhh mudahnya petua ni..tapi sukar untuk dituruti..sebab tak sabar..haha..terima kasih bro..nanti nak amalkan lahhh…
Hairul Hissam says
Betul kata bro.. mmg mudah tapi susah juga nak buat bila hidangan meleleh di depan mata. .heeee
puteri kasih says
ohh kena ubah ni…sebab puteri memang suka makan makanan yang panas-panas…siap masak, hidang dan makan…hehe
Hairul Hissam says
Kalau nak cun sampai ke tua.. kena amalkan tu puteri. heee
Hero Borneo says
baru tahu juga tentang perkara ini..terima kasih kerana berkongsi
Hairul Hissam says
Semoga petua nie membantu meningkatkan kesihatan kita bersama 😀
onlajer says
ramai yang tahu tapi buat – buat tak tahu tentang jangan makan barang panas – panas
Hairul Hissam says
Lagi2 time lapar…. belum sempat angkat dari kuali dah habis di ngap. heee
Nur Azmanie says
Oh..rupanya itu hkmahnya..tksh ats infonya.. Dan kalau nak sehat..makan bila lapar,brhnti sblm knyg..ini pun nabi yg ajar kan..mudah tp ssh nak buat..:-D
Nur Azmanie says
Sllu jg org2tua larang,tp degil..sbb xtau knp xblh..bila dtya knp,,pun xtau.. Bila dah tau kesannya,bru tkut..biasalah..lumrah manusia kan mmusuhi ap yg dia xtau..:-)
Hairul Hissam says
spt pepatah melayu.. bila sudah terhantuk, barulah nak tengadah.. 😀
Hairul Hissam says
Kalau kita semua ikut apa yg Rasul s.a.w. ajar, tentu kita lebih sihat dan kuat 😀
azimah mohd zainuddin says
Rupa-rupanya apa yang diamalkan sebelum ini adalah salah. Cuba berubah untuk kebaikan.
Hairul Hissam says
Selamat berubah utk kesihatan di masa hadapan 😀